Rindu Suara Dan Gelak Tawa Arwh , Iman Troye Rakam Semula Lagu Kesetiaan Men4ngis Kerana Siti Sarah.
Genap dua tahun pemergian penyanyi Siti Sarah Raisuddin, penyanyi Iman Troye mengenang pemergian arwh dengan menyanyikan semula lagu Kesetiaan.
Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 21, berkata lagu tersebut meninggalkan kesan cukup mendalam buatnya hingga dia menitiskan air mata sewaktu merak4mkan kembali lagu berkenaan.
“Lagu ini saya hadiahkan buat peminat yang merindui arwh sempena genap dua tahun pemergiannya, idea ini terhasil sewaktu saya nyanyi cover di TikT0k kemudian ramai minta saya buat versi penuh.
“Sewaktu nak nyanyi lagu tu memang seb4k sangat-sangat dan Iman rasa macam arwh ada lagi, selalu kalau rindu Iman akan pergi ke pusaranya untuk ceritakan apa yang saya rasa.
“Terkilan sebab semasa Anugerah Juara Lagu (AJL) dulu, saya nak sangat Kak Sarah tengok persembahan saya. Iyalah semasa saya
sekolah dulu dia pernah datang berjumpa dan kata satu hari nanti mungkin saya akan berada di pentas besar dengan nama sendiri,” kata Iman kepada mStar.
Sumber:mstar