Rider Lempar Dan Tendang Makanan Buat Net1zen Berang , Amuk Tak Tentu Pasal

Sejak dari kecil kita diajar adab terhadap makanan memandangkan ia adalah rezeki yang diberikan Tuhan untuk kita mengisi perut.

Sepak2 makanan dari kedai

Namun, menerusi perkongsian yang tul4r di Twitter, seorang rider penghantar makanan telah mengambil pesanan pelanggannya dengan menyepak bungkusan makanan yang terj4tuh sebelum dibawa keluar dari kedai.

Keluar kedai pun masih beremosi lagi

Video yang dikongsikan semula oleh laman Twitter Malaysia Most Vir4l itu telah mendapat pelbagai respon daripada netizen dengan mengatakan tindakan tersebut sangat tidak wajar.

Mereka juga mengatakan jika tiada mood untuk bekerja, seeloknya tidak melakukan perkara bi4dap seperti itu.

Bangun pagi cari rezeki tapi kurang ajar dengan rezeki

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyuarakan perasaan marah melihat tindakan sebegitu kerana sangat dilihat kurang ajar lebih-lebih lagi kepada makanan.

Jika berasa tidak puas hati sekalipun kepada mana-mana pihak, seharusnya tidak menjadikan makanan bahan melepaskan ger4m kerana ia adalah rezeki yang akan dimakan seseorang.

Nanti mulalah tu ada yang kata “kita tak ada dekat tempat dia”

Nanti adalah tu minta maaf

Makanan tu rezeki, jangan rezeki tu kena tarik sudahla

Walau bagaimanapun, hingga ke saat ini belum ada sebarang penjelasan daripada mana-mana pihak berhubung tindakan yang dilakukan oleh rider berkenaan.

Apa-apa pun, lebih elok jika kita mengawal emosi lebih-lebih lagi ketika sedang bekerja supaya rezeki yang kita peroleh mendapat keberkataan daripada yang Maha Esa.

Sumber: omm