“Rider Jadi Mngsa”Pelanggan Pesan Makanan Cuma Untuk Tulis Mesej Makian Kepada Vendor ,Kemudian Batal Order.

Terdapat pelbagai ragam pelanggan yang membuat pesanan menerusi perkhidmatan penghantaran makanan.

Jika pesanan yang disediakan pihak vendor atau restoran tidak memenuhi cita rasa, pasti ada pelanggan yang merungut.

Namun dalam satu kes, penghantar makanan pula menjadi ‘mangsa’ gara-gara pelanggan marah dengan pihak vendor.

Pelanggan terbabit dikatakan tidak puas hati dengan penyediaan makanan di sebuah restoran nasi lemak di Kuala Lumpur.

Menerusi ruangan khusus yang ditulis dalam aplikasi, pelanggan itu dilihat melepaskan kemarahannya.

“Weh ini manusia ke binatang? Bila pelanggan order request suruh asingkan kuah, kau asinglah binatang. Bila pelanggan request nak bahagian mana-mana, kau kasi.

“Kalau tak ada, kau telefon pelanggan tanya dia macam mana. Bukan buat macam tu je bodoh!” tulis pelanggan berkenaan.

Berdasarkan tangkap layar pesanannya yang dikongsi di grup Fb, dia membuat pesanan satu set nasi ayam penyet, dua set nasi lemak sotong sambal dan dua set nasi lemak sambal.

Setiap set nasi lemak disertakan bersama teh ais dengan harga keseluruhan kira-kira RM90.

Difahamkan, pembayaran akan dibuat secara tunai.

Bagaimanapun, kemarahannya tidak berhenti di situ, sebaliknya pelanggan berkenaan membatalkan pesanan yang telah siap.

Dia kemudian memaklumkan mengenai pembatalan itu kepada penghantar makanan.

“Order batal… batal order,” tulis pelanggan itu yang nampaknya bertegas dengan keputusannya.

Berkongsi gambar semua pesanan telah dimasukkan ke dalam beg penghantaran makanan, penghantar itu mempersoalkan tindakan pelanggan membuat pembatalan.

“Bang, barang dah siap semua. Awak nak batal lagi ke? Kenapa nak batal, saya on the way hantar.

“Saya sudah cakap cancel. Awak tak faham? Saya tak akan ambil,” tegas pelanggan itu.

Rider sebagai orang tengah tukang ambil order dan hantar. Kenapa rider pula jadi mangsa?

Mengenai pelanggan tersebut yang kononnya mahu membayar penghantar makanan sebagai ‘ganti rugi’, netizen bagaimanapun berkata, perkara itu tidak akan berlaku.

“Selalunya yang tak ambil makanan ni, acah-acah minta nombor akaun bank. Last-last tak transfer pun. Nanti dia jawab ‘bukan saya yang makan’,” kata netizen.

Di ruangan komen, rata-rata netizen berang dengan tindakan pelanggan yang menjadikan penghantar makanan sebagai mangsa hanya kerana tidak berpuas hati dengan pihak vendor.

“Rider kerja dia hantar saja. Vendor yang buat order.

“Memang tugas rider ke nak kena deal dengan orang niaga tu?

“Itu pasal patut tak perlu bayaran tunai ni. Menyus4hkan rider.

“Rider sebagai orang tengah tukang ambil order dan hantar. Nak bahagian mana, kuah asing tu antara pelanggan dengan vendor. Patut vendor dipersalahkan, kenapa rider pula jadi mngsa? Bukan rider kerja kedai makan nak kena isi semua bagai,” komen netizen.

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *