“Arwh kalau memberi, buat diam2..”Rider baring di pusara dedah ibu suka bersedekah

pemuda yang tular di media sosi4l baring di pusara ibu mendedahkan insan tersayangnya itu meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 7 Jun lalu.

pemuda yang dikenali sebagai Abdul Hazim Hasmandi, 28, itu berkata sudah menjadi rutin harian menziarahi pusara ibunya yang terletak di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas di Bandar Baru Bangi, Selangor.

“Saya datang ke kubur sebelum dan selepas hantar order, kebetulan melalui kawasan tanah kubur dan hari cuti.

“Saya akan bentangkan tikar yang ada di pondok di situ (tanah perkuburan) atau saya duduk saja di atas batu.

“Ada hari yang saya datang antara lima hingga enam kali. Saya ada waktu terluang, jadi saya datang untuk doakan umi dan baca Yasin,” katanya.

Ujar Abdul Hazim yang juga bekerja sebagai penghantar makanan, dia kerap menziarahi pusara ibunya, Allahyarham Norlia Mahmood, 62, bagi meredakan perasaan sedih dan mengubati kerinduan dalam hati.

“Saya tinggal bersama umi. Rutin harian saya sebagai rider sama juga, bila tiada order saya akan balik jumpa umi.

“Umi menjual nasi lemak, jadi kebiasaannya saya ke gerainya di tepi jalan di Bangi pada waktu pagi. Kalau umi di rumah, saya balik jumpa dia.

“Sebelum tidur, saya akan bergurau senda dengan umi di ruang tamu. Kadang-kadang baring sebelah umi, atau di kaki atau pangkuan dia,” ujarnya.

Difahamkan juga, dia telah dimaklumkan bahawa pada hari kejadian, ibunya sedekahkan makanan lebih banyak daripada kebiasaannya tanpa memberitahu sesiapa.

“Umi seorang yang suka memberi, sering bersedekah tanpa mengira sesiapa pun. Selepas umi meninggal dunia, saya dapat tahu dia juga sering bagi kuih-muih pada peniaga-peniaga yang dia beli untuk barang niaga.

“Saya diberitahu pada hari kejadian, umi sedekahkan makanan lebih banyak daripada biasa tanpa banyak bercakap. Umi kalau bersedekah dia buat diam-diam, kami tak tahu sehingga orang bercerita selepas umi meninggal,” katanya.

Abdul Hazim berharap tiada pihak yang mempertikaikan tindakan yang dilakukannya kerana setiap individu berlainan cara menghadapi kehilangan insan tersayang.

Dalam pada itu, menitipkan nasihat kepada orang ramai untuk menghargai dan menyayangi ibu bapa selagi mereka masih ada.

Sumber: hm