Rezeki Di Usia 40an, Akhirnya Timang Cahaya Mata Pertama “Orang Tanya Anak Ke Cucu”

Tanggal 2 Mei lalu menjadi detik terindah dalam hidup Mohd Saiful Azmi Shamsudin Khan apabila menerima cahaya mata pertama di usia 43 tahun selepas menanti selama 15 tahun.

Kehadiran Putri Edreehana Masyael yang kini berusia dua bulan disifatkan hadiah teristimewa dalam hidup pemandu lori itu hasil perk4hwinan keduanya selama tiga tahun bersama isteri, Mastura Pin, 46.

Video Mohd Saiful Azmi yang seb4k saat pertama kali melihat dan mendukung anak sulungnya itu meraih perhatian serta meruntun hati net1zen selepas dikongsi Mastura di TikT0knya, kelmarin.

Berkongsi kisah itu, Mohd Saiful Azmi berkata, dia tidak menyangka diberikan rezeki terindah itu ketika usianya mencapai 43 tahun, sementara isteri berusia 46 tahun.

Menurutnya, seperti lelaki lain dia juga mengimpikan zuri4t daripada keturunannya, namun reda apabila rezeki itu tidak diberikan sebelum ini.

“Perkahwinan pertama selama 12 tahun berakhir kerana sudah tiada j0doh dan takdir menentukan saya tiada zuri4t daripada ikatan itu sebelum bertemu jodoh dengan Mastura, ibu tunggal lima anak tiga tahun lalu.

“Ketika itu saya tidak fikirkan sangat soal anak kerana usia kami tidak muda lagi, malah sangat bersyukur dapat menumpang kasih anak tiri yang dianggap seperti anak sendiri,” .

“Ini perkara teristimewa dalam hidup saya dan saat pertama kali melihat dan mendukung anak perasaan itu bercampur baur ada seb4k, sed1h, terharu dan gembira.

“Tak sangka selepas melalui pelbagai dugaan hidup Allah SWT hadirkan ‘puteri’ untuk saya. Apa yang Allah berikan ini mengingatkan saya kesabaran itu berakhir dengan sesuatu yang manis dan setiap perancangan ada hikmah-Nya,”

Menurut Mohd Saiful Azmi, kehadiran Putri Edreehana Masyael memberinya semangat untuk terus kuat mencari rezeki buat keluarga mereka, malah meng4kui ‘sindrom’ bapa yang baru menimang cahaya mata juga sedang dilaluinya.

“Saya rindu bau ‘baby’, setiap hari perlu buat panggilan video dan saya akan cuba balik rumah juga untuk melihat anak kerana sebagai pemandu lori kontena dari Ipoh ke Klang saya selalu menghabiskan masa di jalan,” katanya.

“Lucu juga apabila di usia begini ada anak kecil, malah ketika keluar ada yang tanya ‘baby’ anak atau cucu kerana janggut saya sudah beruban tetapi saya dengan senang hati beritahu itu anak.”

Sumber:Hm