Remaja terima pingat anugerah Hang Tuah, selamatkan rakan kena renj4tan elektrik

Remaja terima pingat Hang Tuah sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan 2024 atas keberaniannya menyel4matkan rakan yang terkena renjatan elektrik pada 2 Oktober lalu.

Memetik laporan BH Online, remaja dikenali Muhammad Asri Rosli, 14, akui teruja, gembira dan terharu yang bercampur-baur disaat menerima anugerah tersebut.

Remaja terima pingat Hang Tuah
Muhammad Asri berkata, ketika kejadian dia sedang bermain sepak takraw bersama rakan di sekolah mereka di Bukit Beruntung, Selangor.

“Masa saya dan rakan nak ambil bola, saya nampak dia memegang besi dalam keadaan bergetar.

“Saya tarik dia beberapa kali sebelum tangannya terlepas dari besi. Saya terus peluk dia dan rasa ada aliran elektrik pada badannya.

“Saya terus bawa dia ke bilik guru pendidikan jasmani,” katanya, hari ini

Ibunya yang bekerja sebagai tukang cuci, Zuraini Harun, 49, turut bangga dengan tind4kan anak keenam daripada lapan beradik itu.

Menurutnya, Muhammad Asri dilahirkan kembar tiga dan antara ketiga-tiga mereka, anaknya itu paling banyak mengalah dan bijak.

“Apa yang dia buat (menyelamatkan rakan) amat membanggakan kami sekeluarga,”ujar Zuraini.

Muhammad Asri membawa pulang wang tunai RM5,000, sijil penghargaan dan trofi.

Sementara itu, kehebatan pemenang Anugerah Khas Kanak-Kanak, Aayushi Yeogeswaran, 8, sebagai penulis buku turut penerima pengiktirafan.

Aayushi berkata, dia terdorong menjadi penulis kerana mendapat inspirasi daripada buku yang dibacanya sejak berusia empat tahun.

“Mulanya ibu dan ayah saya membacakan buku untuk saya. Apabila berusia empat tahun, saya sudah boleh membaca dan sehingga kini, saya sudah baca kira-kira 3,000 buku.

“Saya sudah hasilkan empat buku bahasa Inggeris dan dalam proses menerbitkan buku terbaharu pada 2 Disember ini,” katanya yang membawa pulang wang tunai RM2,000, sijil penghargaan dan trofi.

Ibunya, C Devagi, 34, berkata beliau dan Dave Yeogeswaran, 34, banyak menggunakan kad imbas untuk mengajar anak tunggal mereka itu sejak berusia enam bulan.

Dalam majlis itu, tujuh anugerah diumumkan merangkumi Anugerah Pingat Hang Tuah, Anugerah Khas Kanak-Kanak, Anugerah Gemilang Akademik,

Anugerah Gemilang Kebudayaan dan Keseniaan, Anugerah Gemilang OKU, Anugerah Gemilang Sukan dan Anugerah Khas NGO Kanak-Kanak.

Majlis dirasmikan isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri; Timbalannya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; serta Pengerusi Majlis Perwakilan Kanak-Kanak, Daniel Haqeem Darul Hafiz.

Sumber: hm