Remaja tak m4lu diejek ada ibu bapa b1su, bersyukur masih ada insan tercinta.

Remaja tak m4lu diejek ada ibu bapa b1su apabila terdapat segelintir individu cuba mempermainkan kekurangan orang tuanya itu.

Dia dikenali Muhammad Nabil Mohd Nazrol berkata, meskipun orang luar memandang serong akan kekurangan orang tuanya, namun mereka tetap sempurna di matanya.

“Biar apa pandangan orang lain, emak dan ayah tetap sempurna di mata saya,”ujar Nabil.

Muhammad Nabil berkata, sejak sekolah rendah sehingga sekarang, terdapat segelintir individu cuba mempermainkan kekurangan ibu bapanya.

Bagaimanapun, dia bersyukur dan tidak m4lu kerana masih memiliki serta mendapatkan kasih sayang daripada ibu bapanya.

“Sejak sekolah rendah sampai ke menengah, memang ada yang mengejek, malah panggil saya dengan gelaran b1su kerana keadaan emak dan ayah.

“Tapi walau apa pun, saya tak pernah m4lu ada emak dan ayah begitu, malah bersyukur masih ada ibu bapa di dunia ini.

“Saya mungkin tak dapat dengar suara mereka… tapi tetap kena bebel dalam bahasa isyarat jika buat salah kerana emak dan ayah tegas dalam mendidik, malah sangat tekankan soal adab,” katanya.

Kongsi Muhammad Nabil, dia belajar bahasa isyarat dengan ibu bapanya ketika berusia tiga tahun dan sudah mahir menggunakan ia pada usia enam tahun.

Bahasa isyarat tersebut digunakan sebagai medium berinteraksi dengan ibu bapanya sehingga kini.

“Kiranya, saya sudah terbiasa kerana didedahkan dengan penggunaan bahasa isyarat sejak kecil, jadi tiada masalah nak berkomunikasi dengan emak dan ayah.

“Emak dan ayah boleh membaca, jadi kalau saya atau kakak tiada, mereka akan guna bahasa isyarat mudah atau tulis perkataan pada telefon bimbit untuk berinteraksi dengan orang lain.

“Jika saya atau kakak ada bersama, memang kami akan bantu jadi penterjemah kerana ada segelintir tak tahu emak dan ayah 0KU memandangkan fizikal mereka seperti orang normal,”ujar remaja berusia 17 tahun itu.

Pada masa sama, Nabil tidak menyangka video dia berinteraksi serta menjadi penterjemah kepada ibu, NoorulHuda Abd Rahman, 44, dan bapa, Mohd Nazrol Dollah, 45, yang merupakan orang kurang upaya (0KU) pekak serta bisu mendapat perhatian ramai.

Jelas Nabil, video mereka sekeluarga menghadiri program sambutan Maal Hijrah yang turut dihadiri Ustaz Abdul Somad dirakam oleh kakaknya, NurAshikin, 21, dan dimuat naik di platform TikT0k

“Dalam program itu, Ustaz Abdul Somad ada memberi ceramah, jadi saya yang menjadi penterjemah kepada emak dengan ayah.

“Tak sangka pula video dikongsikan itu tular… emak dan ayah pun terk3jut kerana apa dipaparkan adlaah rutin biasa saya yang selalu jadi penterjemah mereka,”ujarnya lagi.

Program yang diberi nama Malam Ehsan Untuk Insan telah berlangsung di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam dengan diisi pelbagai aktiviti menarik termasuklah ceramah daripada pendakwah bebas berkenaan.

Sumber: TikT0k