Remaja 19 tahun mninggal dunia, motosikal bergesel dengan lori
Tular sebuah video memaparkan berlakunya sebuah kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE),arah Barat dari Lunas ke Kubang Semang, Pulau Pinang, semalam.
Tangan terputus, motosikal bergesel
Menerusi video tular, mngsa dlihat sedang menunggang motosikal sebelum bergesel dengan sebuah lori yang secara tiba-tiba membelok ke kiri di lorong kecemasan.
Impak daripada insid3n tersebut, mangsa yang juga pemuda berusia 19 tahun berkenaan dilihat terbabas sebelum tercampak ke atas besi penghadang di tepi lebuh raya terbabit.
Akibat pergeselan itu, motosikal dinaiki mngsa terbabas ke sebelah kiri jalan dan mengalami kecederaan parah sehingga tangan terputus (sebelah kiri).
Mngsa yang dikenali sebagai Irfan Azim dan berasal dari Kampung Surai Bakai, Kuala Ketil, Kedah dilihat meraung kes4kitan dan memohon pertolongan orang awam sebelum dikejarkan mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, mngsa dilaporkan mninggal dunia ketika menerima rawatan di Hspital Seberang Jaya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, terdahulu, polis menerima laporan berhubung kemalangan memb4bitkan motosikal dan lori itu, pada 12.20 tengah hari.
Menurutnya, dalam insiden itu, mngsa berusia 19 tahun menunggang motosikal dari arah Kulim, Kedah, ke arah Seberang Jaya sebelum ia bergesel dengan sebuah lori dari arah sama.
“Motosikal mngsa terbabas ke sebelah kiri jalan dan dia par4h di bahagian tangan dan kaki,”katanya.
Pihak polis juga memohon orang ramai yang mempunyai maklumat dan melihat kejadian berkenaan tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
“Maklumat berkenaan boleh disalurkan di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah di talian 04-5301342 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya lagi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: hm