Rasa Insaf Tengok Kanak-Kanak R3but Makanan , Youtuber Tinggal Ibu , Berk0rban Demi Misi Bantuan 17 Hari Di Afrika.

Apabila tibanya hari raya, berpusu-pusu anak perantau pulang ke kampung halaman untuk meraikannya.

Namun berbeza bagi Marham Mohd Yusof, 34, atau dikenali sebagai Mar kerana dia memilih untuk beraya di negara as1ng demi menjalankan misi bantuan membantu rakyat di Guinea, Afrika Barat sejak 20 Jun lalu.

Ujarnya yang aktif menghasilkan kandungan (content) di platform TikT0k dan Youtube bersama ibunya, Asiah Ngah, 77, ini merupakan kali pertama dia tidak beraya bersama keluarga di kampungnya di Terengganu.

“Selama ni apabila tiba hari raya, adik-beradik saya akan pulang ke kampung untuk sambut dengan saya dan Mok (gelaran ibu Marham). Kami akan merew4ng masak banyak-banyak menggunakan dapur kayu macam kenduri. Memang meriah!

“Macam tahun-tahun sebelum ni, ibu akan lakukan ibadah k0rban setiap kali Hari Raya Aidiladha. Cuma raya kalini saya tak ada sebab sertai misi b4ntuan di Afrika.

“Misi saya bersama satu organisasi ni dijalankan selama 17 hari. Walaupun ibu suka saya buat misi b4ntuan ni, tapi berat h4ti saya nak tinggal dia. 

Sejak saya menetap di kampung tiga tahun lalu memang kami tak pernah berjauhan,” ujar anak bongsu daripada enam adik-beradik itu.

Bercerita lanjut mengenai misinya kepada mStar, ia bertujuan untuk membantu golongan sus4h yang warganegaranya terdiri daripada 90 peratus beragama Islam.

Bagaimanapun, warga maya mula mempersoalkan mengenai misi b4ntuan yang dilakukan di negara asing dan bukannya di Malaysia kerana turut mempunyai gol0ngan asnaf.

Mar tinggal bersama ibunya di Terengganu sejak tiga tahun lalu.

“Saya memilih bantu wrga Guinea untuk berikan mereka harapan baharu dan peluang membina masa depan lebih baik. Jadi saya nak sebarkan awareness dengan menghasilkan video tentang kehidupan mereka.

“Ia juga supaya rakyat Malaysia sama-sama belajar erti bersyukur dan lebih menghargai apa yang kita miliki. Walaupun jauh beribu batu saya merantau b4ntu rakyat negara asing bukanlah bermaksud lupakan orang sus4h di negara sendiri.

“Tetapi setelah dilihat dengan mata k4sar, mereka lebih memerlukan ihsan dan secebis kasih sayang rakyat Malaysia. Kehidupan mereka seperti 70 tahun ke belakang daripada kita,” katanya.

Tambah Mar, kehidupan rakyat di sana serba-serbi kekurangan.

“Mereka memasak menggunakan kayu api sepenuhnya. Rumah tiada elektrik. Kalau nak pakai air pun kena angkut dari sawah padi,” ujarnya.

Selain memb4ntu membuka sek0lah, Mar yang begitu teruja dengan misi b4ntuan ini turut membantu mereka mendapatkan sumber air bersih dan meraikan Hari Raya K0rban.

Luah Mar yang kerap menghasilkan kandungan (content) memasak menggunakan studio dapur kayu bersama ibunya ini, dia begitu terkesan apabila melihat keper1tan hidup dihadapi warga Afrika.

“Sumber air yang mereka ada pun tidak bersih dan mendatangkan pelbagai wab4k penyak1t. Paling meny3dihkan anak-anak kecil di Guinea tidak ke sekolah.

“Jadi kami ingin membuka sekolah di sana, sekurang-kurangnya dapat membantu mereka boleh mengenal huruf al-Quran dan tahu membaca kerana dengan pendidikanlah akan mengubah nasib mereka.

“Kami juga akan b4ntu mereka menggali telaga air bersih, supaya, kanak-kanak tidak lagi perlu bekerja keras untuk mengangkut air dari tempat yang jauh. Jadi mereka akan ada waktu untuk pergi belajar,” katanya lagi.

Walaupun terdapat pelbagai hal4ngan dan r1ntangan dihadapi dalam melaksanakan misinya, namun semangat dan niat murninya membantu mengubah nasib warga Afrika tidak pernah pudar.

Jejaka ini tersentuh melihat keper1tan hidup warga Afrika.

Bercerita mengenai pengalamannya di Afrika, Mar berkata dia dan rombongannya terpaksa meredah jalan tidak berturap selama 23 jam untuk menyalurkan bantuan ke kawasan pedalaman.

“Pengalaman saya berada di sana memang seronok sangat. Saya akan memasak bersama-sama warga Afrika untuk dihidangkan bagi orang makan.

“Tapi haritu masa makanan dihidangkan saya tengok anak-anak Guinea berebut dan berg4duh untuk makan. Memang mengalir air mata tanpa sedar. Masa tu terdetik di hati rasa syukur sangat dengan rezeki Allah kurniakan.

Misi bantuan berlangsung selama 17 hari di Afrika Barat.

“Saya belajar banyak perkara sejak mengikuti misi ni. Banyak peluang sebenarnya Allah hidangkan depan mata kita di negara sendiri. Berhenti merungut dengan masal4h kecil-kecil dan kita kena sentiasa p0sitif,” imbasnya lagi.

Dalam pada itu, Mar yang mengikuti program bersama badan kebajikan MyFundAction menyeru agar rakyat Malaysia berkongsi kasih sayang dengan memberikan b4ntuan sempena bulan Zulhijjah yang mulia ini.

Walaupun terp4ksa berk0rban hari raya bersama ibunya, Mar tetap bersyukur dengan peluang diberikan ini.

Ahli keluarga Mar.

“Saya harap kita dapat salurkan bantuan dengan wakafkan al-Quran sebab mereka tak mampu nak beli sendiri. Mereka hanya baca al-Quran yang ditulis atas kayu sahaja.

“Saya nak meny3ru dan memohon agar kita berikan sedikit sumbangan untuk mereka. Saya juga tengah kumpul dana daripada semua pengikut (follower) untuk siapkan masjid di kampung Missamana yang terg3ndala sebab kekurangan dana.

“Tak apalah tak dapat beraya bersama dengan ibu pada Aidiladha kali ni. Dia bagi peluang dekat saya untuk merantau dan belajar menjadi manusia lebih baik dan memberi manfaat kepada manusia lain,” kata Mar menutupi kisah.

Sumber:mstar