Rantai emas anak lesap sekelip mata, video tunjuk ada wanita potong dari belakang – “Cepat betul dia buat kerja, memang pro la”
VIDEO memaparkan se0rang wanita yang didakwa mencuri rantai emas milik seorang kanak-kanak tular di aplikasi TikT0k sejak awal pagi Ahad.
Menerusi video berkenaan, rantai yang dipakai pada leher kanak-kanak itu dilihat lesap dalam sekelip mata, dipercayai dip0tong oleh wanita yang berada di belakangnya.
Menurut pemilik video yang dikenali sebagai Cheykaa, kej4dian berlaku ketika mangsa dan keluarganya menghadiri sebuah karnival yang sedang berlangsung di Shah Alam, Selangor.
Wanita itu tidak mengaku biarpun diasak oleh keluarga mangsa.
“Peringatan untuk saya dan orang lain. Hati-hati yang pakai gelang emas atau rantai emas. Sekarang kes macam ni dah banyak berlaku.
“Saya kena dekat Jom Heboh Shah Alam. Anak buah saya (dalam video) pakai baju warna hitam. Makcik belakang pot0ng rantai terus hilang,” tulisnya menerusi kapsyen video.
Sehingga kini, video berkenaan meraih 2.2 juta tontonan menerusi aplikasi TikT0k.
Dalam video itu, pelaku mengenakan tudung berwarna coklat dan memakai pelitup muka.
Menerusi video kedua, Cheykaa turut berkongsi suasana tegang ketika keluarganya berdepan dengan pelaku sambil disaksikan beberapa pegawai polis.
Namun, wanita itu gagal menunjukkan sebarang rantai emas di dalam beg miliknya dan menafikan tuduhan yang dibuat ke atasnya.
“Tak mengaku dia ambil. Putar belit cerita habis. Rantai dia dah pass kat mak dia. Dalam beg tak ada rantai.
“Sampai ke balai mak dia tak datang juga, Call semua tak angkat. Kes dalam proses lagi. Doakan anak buah saya ada rezeki,” tulisnya.
Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa geram atas kejadian itu dan berharap rantai emas kanak-kanak berkenaan dapat dikembalikan.
“Cepat betul dia buat kerja, memang pro la.
Komen netizen di TikT0k berhubung kejadian itu.
“Nasib baik terakam (video) macam ni. Kalau tak mesti fikir jatuh merata-rata.
“Cepat betul dia buat kerja. Tapi Allah nak bagi nampak juga siap ada bukti terang lagi.
“Sekali pusing je eh dia buat kerja. Mesti dah lama buat kerja ni,” tulis beberapa netizen.
Sumbar; Mstar