Ramai Yang Menggelupur Tengok Video Isteri Jadi Pelayan Di Meja Makan,Dianggap Hamb4 . Akhirnya Suami Buka Mulut Tepis Fitn4h

Konflik antara jantina bagi mendapatkan taraf sosi4l yang adil dilihat tidak berpenghujung.

Baru-baru ini kecoh di laman X susulan tularnya video pendek memaparkan para isteri berdiri seperti pelayan di sebelah suami masing-masing sementara menunggu mereka selesai menjamu selera.

Lebih menyemarakkan api kemarahan kaum Hawa di alam maya apabila timbul andaian bahawa video itu dirakam ketika waktu berbuka puasa.

“Ini adalah satu adat yang sudah lapuk ditelan zaman. Betul, sebagai isteri solehah harus hormati suami, tapi bukan dengan cara kami diketepikan sebegini.

“Terpaling ‘alpha’ ke semua lelaki tu? Nampak macam dominan la kan, jij1k dan saya tak akan pernah sesekali bersetuju. Saya bukan hamba, biarlah saya dilabel isteri derh4ka sekalipun,” selar beberapa pelayar yang dipengaruhi emosi.

Menurut Amy, video itu dirakam ketika penganjuran hari keluarga secara besar-besaran pada awal Januari tahun ini di sebuah inap desa di Durian Tunggal, Melaka.

Video tersebut kemudiannya dimuat naik ke TikT0k sekadar suka-suka dan secara mengejut mendapat perhatian wrga maya pada minggu lalu.

“Waktu mula-mula saya upload video berkenaan di TikT0k sebenarnya tiada masal4h pun. Tapi kemudiannya ada pihak yang memuat naik semula video itu ke platform X dan Ig dengan konteks yang salah.

Seluruh keluarga kami pun akan mar4h kalau ada konsep lelaki makan dulu

“Video itu hangat tular pada hari pertama Ramadan dan orang terus beranggapan yang situasi dalam video tu adalah ketika berbuka puasa. Terus dikec4m kononnya kami merendahkan martabat wanita.

“Jauh terpesong sangat dah fahaman tu, boleh jatuh fitn4h sebenarnya,” ujar Amy yang mempunyai tiga orang anak.

Memberikan penjelasan panjang lebar, Amy berkata hari keluarga yang diadakan pada ketika itu dihadiri lebih daripada 30 orang, namun keluasan rumah inap desa tersebut tidaklah sebesar mana.

“Tak muat homestay tu untuk kami makan malam beramai-ramai semeja, kami terp4ksa bergilir. Kami yang lelaki diberikan laluan untuk makan dulu di meja, kami dah asingkan makanan perempuan siap-siap.

“Ada juga sebahagian daripada ahli keluarga perempuan kami yang pilih untuk makan bersila di atas lantai. Tiada sebarang p4ksaan pun kerana keadaan tempat yang menyebabkan ia jadi begitu.

“Sebelum ni kalau pergi jalan memang akan makan sekali, tiada yang diasingkan. Seluruh keluarga kami pun akan marah kalau ada konsep lelaki makan dulu,” ujar Amy yang berniaga kain baju di bazar Toppen, Johor Bahru.

Amy seterusnya mengulas lanjut mengenai kapsyen kontroversi pada video itu yang tertulis, ‘dalam rumah ni ada undang-undang’.

“Saya boleh akui yang video tu merupakan satu bentuk konten juga. Abang saya yang bagi idea, alang-alang kita dah kumpul beramai macam ni, jom kita buat video TikTok.

“Tujuan video tu nak tunjukkan kasih sayang antara isteri dan suami, buat macam isteri tengah sendukkan nasi untuk suami, begitu je niat asalnya. Kalau perhatikan betul-betul, boleh nampak ramai dalam video tu duduk tahan gelak.

“Kapsyen tu pula adalah dialog daripada filem Melayu klasik Tiga Abdul, saya rasa bersesuaian dengan tema keseluruhan video tu. Janganlah fikir lain pula, bukan hasrat saya nak menind4s kaum wanita.

“Harapnya dengan penjelasan saya ni rakyat Malaysia boleh berhenti menghentam semberono. Selamat berpuasa kepada semua saya ucapkan,” kata Amy menutup bicara.

Sumber:Mstar ,TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *