Ramai Tersentuh Tengok Senyuman Lelaki Ini , Seronok Dapat Makan Aiskrim Mahal . Rezeki Dapat Jumpa Orang Baik

Berbuat baik sesama insan tanpa mengambil kira perbezaan warna kulit, bangsa atau ag4ma adalah satu amalan yang mulia.

Bagaimanapun kehidupan masa kini yang semakin mendes4k mungkin membuatkan sese0rang itu sedikit berat hati untuk menghulurkan b4ntuan.

Namun berbeza kisahnya melalui satu video tular di TikT0k, apabila se0rang pemuda dikenali sebagai Nigel dilihat bermurah hati membelanja individu lelaki berkulit gelap di sebuah kedai serbaneka.

Tindakan terpuji Nigel membelanja lelaki yang kurang berkemampuan membuatkan ramai kagum.

Menurut Nigel, dia sebelum ini pernah bertemu dengan individu berkenaan dan pada ketika itu turut membayarkan makan tengah hari untuk lelaki tersebut.

“Minggu lepas abang ni minta duit waktu saya makan tengah hari. Saya kata tak ada dan tak boleh, tapi lelaki tu merayu cakap dia lapar.

“Saya pun cakap okay nak ‘payung’ dia makan tengah hari,” kata Nigel yang merupakan seorang pempengaruh di platform TikT0k.

Walaupun begitu, Nigel berkata ketika terserempak dengan lelaki berkenaan buat kali kedua, individu tersebut meminta pula untuk dibelanja makanan manisan.

“Ada satu hari tu terjumpa dia lagi, dia nampak sangat gembira untuk lihat muka saya, mungkin ingat saya akan belanja dia.

“Tapi waktu tu saya tengah dalam keadaan yang tergesa-gesa, saya cakap dekat dia saya okay nak belanja roti je, tapi dia tolak pula.

Roti mungkin dia dah selalu makan, kemudian nampak pula orang makan aiskrim, itu dia nak cuba.

“Apabila masuk semula ke dalam kedai, dia cakap nak air manis dan aiskrim,” kata Nigel yang akhirnya bersetuju untuk membelikan setiap apa yang diminta lelaki itu.

Lelaki terb4bit diperhatikan mengambil minuman susu kultur berperisa strawberi dan aiskrim coklat premium berjenama Magnum.

Dia dilihat tersenyum sipu sementara Nigel pergi membayarkan barang yang diambil di kaunter.

Melewati ke ruangan komen, rata-rata warga maya tumpang bersimpati dengan nasib individu tersebut.

“Roti mungkin dia dah selalu makan, kemudian nampak pula orang makan aiskrim, itu dia nak cuba. Tapi memilih juga eh dia, aiskrim Magnum dia terus ‘sauk’.

“Cara dia tersenyum-senyum lepas minta aiskrim tu, macam muka kita waktu zaman kanak-kanak kalau nak ‘pau’ duit mak ayah.

“Jauh dalam setiap diri kita, masih hidup personaliti seorang anak kecil yang hanya mahu bersuka ria. Sekecil-kecil perkara boleh membawa sebesar-besar impak.

“Terima kasih Nigel kerana sudi bantu abang tu, semoga terus sukses dalam apa sahaja yang Nigel lakukan,” ujar warga maya tersentuh hati.

Sumber:Mstar