“Berkat gembirakan hati ibu”Ramai sebak lihat Kak KM dapat kucup Kaabah

Perkongsian yang dibuat oleh pend4kwah, Ustazah Asni Mansor membuatkan ramai sebak lihat Kak KM dapat kucup Kaabah memandangkan usahawan itu sedang mengerjakan ibadah umrah.

Semua ibadah dipermudahkan
Menerusi posting tersebut, Ustazah Asni telah memuat naik video Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli yang sedang mengucup Kaabah.

Ujarnya, dia merasakan kehadiran Kak KM sangat istimewa kerana dapat melaksanakan tawaf dengan mudah serta diberi hadiah mengucup Kaabah, Rukun Yamani dan Hajar Aswad dengan mudah tanpa perlu bersesak-sesak.

“Sungguh istimewa tetamu Allah ini…

“Mudah sangat urusan bertawaf dengannya,diberi hadiah dengan mudah mengucup kaabah tanpa perlu berasak,

mencium rükün yamani dengan mudah, dan dapat rezki mengucup hajar aswad, saya menumpang berkah kehadiran tetamu istimewa Allah,” tulisnya.

Kak KM dapat kucup Kaabah, berjurai air mata harapkan kasihNya
Dalam pada itu, Ustazah Asni juga mengakui sayu apabila melihat juraian air mata seorang h4mba yang mengharapkan kasih sayang daripadaNya.

Dia juga merasakan bahawa usahawan itu adalah tetamu yang cukup istimewa dijemput ke Tanah Suci bagi beribadah kepadaNya.

“Sayu ,dengan air mata seorang h4mba berjuraian,
mengharap kasih dari yang Maha Kasih dan mengharap rahmah dari yang Maha Rahmah…

“Indahnya bersimpuh dihadapan kaabah
beliau tetamu istimewa Tuhan..” ujarnya.

Kak KM dapat kucup Kaabah, ramai yang sebak sama
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengakui sebak melihat momen yang cukup bermakna buat usahawan berkenaan.

Ada juga merasakan bahawa kemudahan yang dikecapi sewaktu beribadah di Tanah Suci berkat tindakannya yang cukup memuliakan ibu apabila sentiasa menggembirakan wanita itu.

Sumber: Ig

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *