Ramai Mahu Bantu , Ebby Yus Bukan Minta Sumbangan . Kos Pasang Perentak Jantung Sudah Cukup

Ebby Yus mended4hkan menerima banyak panggilan telefon yang ingin menghulurkan bantuan susulan dia berkongsi mengenai kos menjalani pembed4han memasukkan perentak jantung pada Disember ini.

Bersyukur dengan keprihatinan orang ramai terhadapnya, Ebby, 58, bagaimanapun memaklumkan kos RM38,000 yang diperlukan sudah disediakan termasuk menerima bantuan daripada pihak hospital.

“Sebenarnya saya sudah dapat bantuan daripada pihak hospital cuma saya kena sediakan sedikit sebab tidak dibantu sepenuhnya dan itu perkara biasa.

“Untuk pengetahuan semua, insya-Allah saya ada (wang) dan akan dapatkan yang sedikit itu. Itu sahaja saya nak betulkan sebab ramai yang tanya nak bantu dan beri sumbangan… Saya sangat bersyukur dan berterima kasih,” katanya.

Ebby berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikT0k bagi menjelaskan salah faham tajuk sebuah artikel mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid berkata, tajuk berkenaan menjadi penyebab ramai salah faham dengannya namun menyifatkan kesilapan itu tidak disengajakan.

Ebby turut berterima kasih kepada semua pihak yang sudi menghulurkan bantuan selain mendoakan kesihatannya.

“Saya sebenarnya nak buat pembetulan tentang kenyataan ini, bagi saya ini satu kesilapan dan dia (penulis) pun tidak sengaja.

“Kalau lihat ayat dia kena ‘cari’ itu macam saya perlu minta bantuan orang.

“Saya nak mohon ribuan ampun dan maaf kepada netizen di luar sana dan terima kasih juga mendoakan saya,” jelasnya.

Menerusi temu bual bersama mStar sebelum ini, Ebby memaklumkan dia perlu menjalani pembedahan berkenaan susulan fungsi jantungnya semakin lemah.

Sumber:hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *