Ramai Cair Dengan Pelakon Amir Ahnaf Bertaranum Jiharkah”Dah la Kacak , Pandai Mengaji Pulak”
Pelakon meningkat naik, Amir Ahnaf yang popular dengan drama bersiri Projek: High Council kembali menjadi bualan ramai selepas tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pempengaruh media sosi4l yang juga merupakan hafiz, Abd. Qawiy Abd Rashit.
Tebuk ngaji Amir Ahnaf, baca ayat Kursi
Menerusi hantaran dikongsikan di platform TikT0k, Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin dilihat sedang menyambung bacaan yang dimulakan oleh Qawiy selepas mereka bertegur sapa.
Difahamkan, pelakon berasal dari Terengganu itu menyambung ayat kursi yang merupakan ayat ke-255 dalam Surah Al-Baqarah dan dijadikan bacaan serta hafalan masyarakat.
Ia juga merupakan penghulu segala ayat al-Quran yang berkisar mengenai keagungan Allah serta kekuasaan-Nya yang tidak terbatas.
“Tebuk ngaji Kapla High Council, Amir Ahnaf. MasyaAllah, merdunya suara, patutlah ramai cair,”tulis Qawiy di ruangan kapsyen.
Alunan ayat Kursi yang dialunkan oleh pelakon berusia 23 tahun turut mendapat pujian daripada Qawiy sendiri terutama kehebatannya dalam bertaranum.
“Power dohh taranum dia. Belajar tarannum ni,”puji Qawiy.
Bacaan tajwid, tarannum tepat!
Seperti dijangka, ramai di kalangan peminat terutama golongan wanita tersentuh dan memuji bacaan Amir Ahnaf yang disifatkan sempurna selain pandai bertarannum jiharkah.
Hensem, bijak.. pandai mengaji! Jadi imam sayalah
Sumber: TikT0k @qawiyaro