Raisuddin Pergi Jumpa Kanak-Kanak Mirip Arwh Siti Sarah , Shuib Pula Buat Video Call.

Hasrat Raisuddin Hamzah untuk bertemu kanak-kanak perempuan yang memiliki wajah mirip anaknya, Allahy4rham Siti Sarah akhirnya dimakbulkan.

Isteri Raisuddin iaitu Siti Fatimah Saberi memuat naik video pertemuan mereka ketika mengunjungi kediaman kanak-kanak perempuan bernama Miza itu di laman Instagram hari ini.

Siti Fatimah berkata, dia menganggap pertemuan kedua-dua keluarga itu adalah rezeki meskipun mengambil masa tujuh jam untuk tiba ke destinasi dipercayai di Kedah.

“Rezeki dapat jumpa adik Miza. Tujuh jam perjalanan ke sini sebab suami nak sangat jumpa,” tulisnya.

Menerusi rakaman berdurasi 44 saat itu, anak sulung Allahy4rham Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni turut hadir yang kelihatan tersipu-sipu malu sebaik bertentangan mata dengan kanak-kanak tersebut.

Raisuddin yang dilihat duduk santai sambil bersembang kemudian menyifatkan Miza mempunyai gigi yang sama seperti Allahy4rham Siti Sarah.

Melihat di ruangan komen, Shuib ada meninggalkan pujian terhadap kanak-kanak berkenaan yang dikatakan comel, sama seperti Allahy4rham Siti Sarah sewaktu kecil.

Comel macam arwh masa kecil

Sementara itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad juga memuat naik sebuah hantaran memaparkan dirinya sedang membuat panggilan video bersama kanak-kanak itu.

Shuib pula buat ‘video call’

Terdahulu, Miza menjadi tul4r di aplikasi TikT0k selepas seorang ahli keluarganya memuat naik beberapa video mengatakan wajah kanak-kanak tersebut tidak ubah seperti Allahy4rham Siti Sarah.

Sumber: TT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *