Puteri Sarah Ralat Tak Dapat Hadir Hari Sukan Anak , Bangga Syaikul Ketuai Bacaan Doa”Terima Kasih Syamsul”

Pengarah Syamsul Yusof menemani anak-anaknya iaitu Syaikul dan Sumayyah di hari sukan sekolah mereka pada Ahad meraih perhatian ramai.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pula meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat menghadiri acara itu disebabkan baru sahaja selesai menjalani rawatan lasik.

Dia bagaimanapun berterima kasih kepada bekas suaminya itu serta ahli keluarga lain yang sama-sama turut pandang untuk memberi sokongan kepada anak-anaknya.

“Sedih sangat Sarah tak boleh pergi hari sukan semalam sebab tengah rehat baru hari ketiga lasik mata. Doktor tak bagi keluar rumah.

Sarah turut meluahkan rasa bangga terhadap anak-anaknya.

“Terima kasih Syamsul, mama dan pengasuh, dan pembantu rumah semua pergi sokong Syaikul dan Sumayyah,” katanya.

Sarah berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya yang turut memaparkan anak sulungnya iaitu Syaikul mengetuai bacaan doa.

Dalam pada itu, Sarah juga bersyukur apabila Syaikul dipilih untuk mengetuai bacaan doa di acara tersebut.

“Satu kebanggaan bila Syaikul Islam dipilih Brainy Bunch untuk ketuai pembukaan pembacaan surah Al-Fatihah. Semoga jadi anak yang soleh Syaikul Islam. Mama dan ayah didik kamu dengan baik,” luahnya.

Menerusi perkongsian yang lain pula, Sarah juga berharap anak sulungnya itu dapat menjadi insan yang berguna suatu hari nanti sesuai dengan namanya.

Sarah juga berharap Syaikul dapat menjaga dirinya dan Sumayyah pada masa hadapan.

“Semoga Syaikul Islam menjadi ketua yang bijak, disegani dan dihormati, keperbadian yang baik, h0rmat orang tua dan bawa nama awak dengan baik.

“Syaikul bermaksud Sheikh. Jaga mama dan adik okay,” ujarnya.

Pada 14 Jun lalu, Syamsul melafazkan tal4k di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas secara tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Untuk rek0d, Syamsul dan Puteri Sarah, 38, mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014.

Sumber:mstar