Punya Kalut Nak Balik Raya , Anak-Anak Sampai Tertinggal Bapa Di R&R

Seorang bapa hampir sahaja tidak pulang beraya apabila tertinggal di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) memandangkan masing-masing kalut nak balik raya punya pasal.

Singgah R&R sekejap

Menerusi video yang dikongsi bukanbegitu415 di aplikasi TikT0k, dapat dilihat anak-anak membawa bapa mereka kembali ke kereta selepas dipercayai tertinggal di kawasan R&R sambil memegang sebotol air.

Kalut nak balik raya punya pasal, bapa pula tertinggal
Menerusi video tersebut, pengguna TikT0k memberitahu perlu berpatah balik ke R&R Tapah bagi menjemput bapa mereka yang ‘tercicir’ disana. Dia juga berpesan supaya memastikan terlebih dahulu semua penumpang kereta sebelum mula bergerak.

Kalut nak balik raya punya pasal, ramai bergurau mungkin tu ‘rehearsal’

Perkongsian video lucu yang berdurasi 24 saat itu telah ditonton lebih dari 800 ribu viewers di platform berkenaan dan mendapat pelbagai respon daripada warganet.

Rata-rata terhibur dengan perkongsian tersebut serta berseloroh mengatakan mengatakan mungkin tindakan tersebut persediaan di masa hadapan.

Mujur bapa tak menangis

Badan fit ayah pula jadi perhatian
Ada juga yang meninggalkan komen memuji penampilan bapa pengguna media sosi4l berkenaan yang terlihat masih segak walaupun sudah berusia.

Jadi, kepada sesiapa yang memandu kenderaan dan berhenti di mana-mana kawasan R&R, perlulah membuat pemeriksaan dahulu terhadapan para penumpang agar tiada insiden tertinggal ataupun tercicir di lokasi seperti iu lagi.

Sumber: TikT0k bukanbegitu415

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *