Projek OTT bayaran paling tinggi pernah diterima, Faizal Hussein rela tolak berlakon filem

PELAKON Faizal Hussein tidak menafikan peredaran zaman membuatkan filem tempatan tidak lagi menjadi pilihan pen0nton kerana munculnya perkhidmatan media Over The Top (OTT) yang lebih menjadi pilihan.

Faizal, 56, berkata, menerusi OTT penonton mempunyai lebih banyak pilihan termasuk drama dan filem dari seluruh dunia tanpa perlu ke pawagam.

“Paling ketara yang saya lihat apabila tibanya Festival Filem Malaysia yang dulu meriah tetapi sekarang rasa itu sudah berbeza.

“Dulu hampir setiap tahun banyak filem yang hebat tapi sekarang tidak semua filem berjaya pecah panggung apatah lagi pilihan secara penstriman lebih pelbagai hanya dihujung jari.

Faizal dedah terima bayaran lebih mahal di platform OTT.

“Sebagai pel4kon saya akur dan ikut peredaran zaman dan tidak lagi boleh bergantung harap kepada kaedah konvensional seperti dahulu,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, aktor berkenaan turut mendedahkan bajet dikeluarkan OTT adalah jauh lebih besar malah mengalahkan bajet untuk menerbitkan sebuah filem.

“Bajet OTT untuk lapan atau 12 episod pun boleh mengalahkan bajet orang buat filem.

“Disebabkan itu kita boleh nampak perbezaan, macam drama siri yang saya lakonkan One Cent Thief tempoh hari. Mereka tidak kisah untuk membelanjakan bajet yang betul-betul besar,” ujarnya.

Malah kata Faizal, dia sendiri pernah menolak tawaran berlakon sebuah filem kerana bayaran diberikan menerusi projek OTT lebih tinggi.

Dedah Faizal, sepanjang karier lakonannya, bayaran berlakon menerusi OTT paling besar diterimanya dan bukannya filem.

Faizal hanya menerima tawaran sesuai dengan permintaannya.

“Contohnya harga yang saya minta untuk sebuah filem sekarang, mereka tidak boleh nak bayar. Tapi kalau saya minta harga yang sama pada OTT, mereka bayar sesuai ikut permintaan saya.

“Jadi, kalau tak boleh nak bayar dengan harga yang saya tetapkan, saya tak marah dan tidak kisah pun. Tapi saya tidak akan ambil tawaran itu,” ujarnya.

Sumbar; Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *