Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) Mat London Mningg4l Dunia Pagi Jumaat Ini.

Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim atau Mat London mningg4l dunia kira-kira pukul 5.57 pagi di Hspital Kuala Lumpur pada Jumaat.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) iaitu Hafiz Nafiah.

Allahy4rham berusia 74 tahun.

Dalam pada itu, anaknya Salmany Akir Ahmad menerusi Fb miliknya turut mengesahkan pemergian bapa tercinta.

Malah Salmany turut memaklumkan pada Khamis keadaan Allahy4rham yang semakin kritik4l dan memohon doa agar bapanya kembali pulih.

“Sesudah laungan azan subuh… Papa mengh3mbuskan nafas terakhir di hening pagi yang masih sepi di pagi Jumaat,” tulisnya.

Sejak 26 Jun lalu, Allahy4rham dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hspital berkenaan dan terpksa ditidurkan berikutan keadaan paru-paru dan jantungnya yang lemah.

Mat London sebelum itu dimasukkan ke HKL pada 13 Jun lalu akibat j4ngkitan paru-paru.

Sementara itu, jnazah akan dibawa ke Masjid Taman Melawati Kuala Lumpur untuk disolatkan sebelum dikebum1kan selepas solat Jumaat.

Selain presiden FDAM, Mat London juga seorang pengarah filem seperti Kelisa, Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa dan Kampung Pisang Berbuah Dua Kali.

Untuk rekod, Mat London pernah mendirikan rumah tangga dengan dramatis Datin Fadilah Mansor pada 18 Oktober 1989 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Alia Farhani, 32 dan Faeesal Aswad, 29.

Sumber:hm