Pertama Kali Pakai Purdah ,Pelakon Azza Elite Kekok Makan Sambil Berniqab.

 

Baru-baru ini, penampilan dua orang selebriti iaitu Azza Elite dan Noorkhiriah Ahmad Shapie yang tampil berpurdah ketika menghadiri sebuah majlis ilmu telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Noorkhiriah di laman Instagramnya, ramai yang kagum dengan perubahan kedua-dua artis tersebut yang mahu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Dalam video itu, Noorkhiriah dan Azza sedang menjamah maggi kari di sebuah restoran sambil memakai purdah telah mencetuskan pelbagai reaksi ramai.

Mana tidaknya, kelihatan Azza bersusah payah makan maggi tersebut memandangkan dia pertama kali mengenakan purdah namun, telah dibantu oleh sahabat baiknya, Noorkhiriah.

“Sampai kembang manggi tetap tak sampai ke mulut, dah jumpa lupa jalan balik sampai suami telefon suruh balik…Dua-dua masuk air, nakal, nak balik ke jalan Allah tapi tak semudah yang disangka.

“Saling melengkapi walau kadang hilang dari radar..ikatan antara akak dan Kekza sangat kuat, lari lah macam mana pun tetap bertaut,” katanya.

Dalam pada itu, Noorkhiriah gembira dengan usaha sahabatnya itu dalam menjaga auratnya dan berharap persahabatan mereka kekal hingga ke jannah.

“Bersahabat kerana Allah putus tetap bercantum, suka buat akak gelak, kelakar walhal terkenal seantaro dunia satu ketika dulu.

“Rancang nak jumpa tak pernah jadi maka semua tak terancang…

pengusaha sejadah berjaya. Semoga syurga buatmu. Libas aku Azza kalu aku lalai sangat. Mata cantik AzzA, suka dengar kamu sebut istiqamah, macam budak dajah 5,” ujarnya lagi.

Semoga terus istiqamah!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar kedua-dua selebriti itu kekal istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna demi menjadi seorang muslimah yang sejati.

Netizen kongsi pengalaman yang sama

Bukan itu sahaja, ada segelintir wanita turut berkongsi pengalaman yang sama apabila mereka turut mengalami situasi sukar untuk menjamah makanan jika memakai purdah.

Sumber: Instagram @Noorkhiriah