Pernikahan Yang Tak Restui , Suami Talak Isteri Demi Ibu Ketika Anak baru Usia 4 Bulan.

Walau seberat manapun dugaan yang sedang melanda perkahwinan, kebanyakan suami isteri akan cuba mengharunginya meskipun suk4r. Namun apabila ia sudah melibatkan campur tangan keluarga, 

situasi boleh menjadi semakin tegang hingga akhirnya penceraian menjadi jalan penyelesaian terakhir. Itulah kenangan hitam dilalui se0rang wanita bernama Azarin Sherin Nur Syafa ini yang kini sedang trending di aplikasi TikT0k.

Suami saat itu datang melamar saya untuk menunjukkan keseriusan…Dia tiada apa-apa ustaz

Menghadiri ceramah Ustaz Hannan Attaki, Sherin telah mendedahkan kepahitan bagaimana rumah tangganya dengan suami tercinta berakhir di saat anak mereka baru mencecah usia 4 bulan. 

Awal cerita, dia sempat berkomunikasi dengan seorang lelaki yang disifatkan soleh kerana sangat taat kepada orang tuanya. Akhirnya pada 2021, lelaki itu datang berjumpa ibu Sherin untuk tujuan melamar sehinggalah ke perancangan bernikah.

Lepas batal nikah, saya men4ngis di rumah Allah & qiamullain menyebut nama bakal suami saya

Malangnya pada Februari 2022, rancangan pernikahan mereka terpaksa dibatalkan kerana tidak mendapat restu keluarga lelaki. Namun Sherin tidak pernah berhenti mengharap dan terus menyelitkan nama lelaki itu dalam sujudnya.

Ternyata jodoh mereka masih lagi kuat, qadarullah kedua-duanya selamat disatukan secara sah pada Julai 2022.

Apakah benar mencer4ikan isteri demi ibunya akan mendapat syurga Firdaus?

Sherin kemudiannya dikurniakan seorang bayi lelaki yang menjadi sumber pengikat kasih mereka berdua. Memahami situasi kewangan suaminya, wanita ini reda apabila lelaki itu mengutamakan duit buat ibu bapa sehingga nafkahnya sendiri terabai. 

Meskipun sudah berusaha menjadi menantu terbaik, nampaknya kehadiran Sherin masih tidak diterima dan akhirnya si suami malafazkan talak pada Jun lalu. 

Suasana dewan diselubungi rasa hiba hinggakan Ustaz Hanan Attaki juga menitiskan air mata setelah mendengar luahan Sherin 

Sumber: TT Maudy,HM