Pernah Tul4r Miliki Suara Sama Persis Siti Nurhaliza , Layka Al-Funsu Selamat Bernikah.
Gadis yang memiliki suara merdu persis penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Layka Al Funsu sah bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Muhamad Irfan.
Difahamkan, Layka atau nama sebenarnya Siti Nurzulaikha Idrus, 22, melangsungkan pernikahan secara sederhana yang dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat di Sungai Petani, Kedah pada 15 Julai lalu.
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh akaun pereka pelamin, @geebridal melalui beberapa muat naik video sekitar majlis pernikahan di platform TikT0k.
Majlis pernikahan Layka & Irfan
Nikah di hari lahir
Namun begitu, terdapat segelintir net1zen terutama dalam kalangan peminat seolah-olah tidak mempercayai bahawa Layka sudah selamat mendirikan rumah tangga di usia yang muda.
Ini kerana TikToker yang mempunyai 701,000 pengikut itu tidak memakai dan melukis inai di jari, selain tiada gambar mesra seperti bersentuhan dengan Muhammad Irfan.
Betul ke dah nikah? Macam video klip je
Bagaimanapun, menerusi kemas kini terbaharu Layka, dia berkongsi sebuah video memaparkan koleksi gambar pernikahan yang berpegangan tangan dengan suami sekali gus mengesahkan bahawa dirinya sudah ‘dihalalkan’.
Meninjau di ruangan komen, ramai tumpang gembira atas perkahwinan pasangan mempelai itu namun tidak kurang ada juga golongan lelaki muda yang meluahkan rasa kecewa kerana Layka sudah menjadi hak milik suaminya.
Selamat pengantin baharu
Para lelaki jangan men4ngis
Tahniah! Dua-dua comel
Moga kekal hingga ke syurga
Terdahulu, Layka pernah tular di media sosial selepas membuat ‘cover’ lagu Nirmala sehingga orang ramai menyangka dia melakukan penyegerakan bibir atau lip sync kerana memiliki suara merdu persis Siti Nurhaliza.
Sumber: TT