Pernah Diberi Ujian Berjalan Atas Paku , Fadlan Hazim Kini Suami Wanita Kazakhstan.

Pelak0n Fadlan Hazim sah bergelar suami kepada wanita Kazakhstan, Aiya Mukhamedsaloya, 29, dengan sekali lafaz, kira-kira pada jam 10.27 pagi tadi di Masjid Wilayah Persekutuan.

Fadlan atau nama sebenarnya, Fadlan Hazim Anuwar,31,  dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cer4i, Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Muhammad Fairudz Saderi.

Pada majlis itu, pelakon filem Jibam The Movie menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin emas berserta lima dulang hantaran kepada pihak perempuan. Bagaimanapun, pasangan merpati dua sejoliti itu memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran mereka.

Dalam majlis berlangsung hari ini, ibu bapa pengantin perempuan tidak dapat hadir, namun dijangka memeriahkan majlis resepsi mereka pada Oktober depan.

Memetik laporan BH Online, Fadlan meluahkan rasa syukur apabila majlis yang dirancangnya berjalan dengan sempurna, lebih-lebih lagi ia mengambil tempoh tujuh bukan untuk membuat persiapan.

“Alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti dirancang.

“Saya ambil masa selama tujuh bulan untuk membuat persiapan terutama dari segi urusan dokumen pernikahan kerana Aiya bukan warga negara Malaysia,” katanya.

Fadlan yang juga bekas anggota kumpulan Versatility In Perfomance (VIP) meng4kui dia sudah bertunang dengan Aiya pada 1 Oktober tahun lalu selepas lebih setahun menjalinkan hubungan percintaan.

Sebelum mengikat tali pertunangan, Fadlan mended4han dia diuji dengan bermacam-macam perkara termasuk uji4n ‘kelakian’ demi membuktikan dirinya benar-benar layak untuk Aiya.

Antaranya adalah berjalan atas p4ku, menunggang kuda, minum susu kuda dan mendaki gunung dalam keadaan suhu yang amat sejuk tanpa memakai baju tebal.

Sumber: hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *