Permain Dram Cromok Miji Mninggal Dunia Akibat K4nser Hati

Bekas pemain dram kumpulan thrash met4l popular Cromok iaitu Miji mninggal dunia pada pukul 10.40 malam pada Rabu.

Berita pemergian Allahy4rham Miji atau Tarmizi Mokhtar, 58, dikongsikan pemain gitar kumpulan berkenaan iaitu Karl di Fb miliknya.

Karl turut memaklumkan jnazah Allahyarham akan dikebumikan pada Khamis namun masih belum menetapkan masa dan lokasi proses berkenaan.

“Kami mengundang anda semua untuk turut serta dalam doa dan memberikan sokongan kepada keluarga Allahy4rham di masa kesedihan ini.

“Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada keluarga untuk menghadapi dugaan ini dengan sabar dan reda,” tulisnya.

Pada Ahad lalu, Karl menerusi hantaran di Fb memaklumkan Miji sedang dirawat di hospital akibat k4nser hati tahap empat.

Berita tersebut mengejutkan peminat setia kumpulan berkenaan ekoran pada Oktober tahun lalu Miji mengumumkan pengunduran diri daripada Cromok akibat masal4h kesihatan.

Pengumuman itu dibuat ketika konsert Ulang Tahun ke-30 Cromok – Forever In Time yang diadakan di Zepp Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Miji adalah anggota asal Cromok bersama Karl yang menubuhkan kumpulan itu ketika mereka menyambung pengajian di Sydney, Australia pada 1987.

Selain Miji dan Karl, Cromok turut dianggotai oleh Sam yang bertindak sebagai penyanyi dan bas serta Din (gitar dan penyanyi).

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *