Permain Bola Sepak Pasukan JDT , Feroz Baharudin Selamat Bernikah Dengan Sekali Lafaz

Hanya dengan sekali lafaz, pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin selamat bergelar suami kepada wanita pilihan yang dikenali sebagai Mira Nadia, pada Jumaat.

Selamat bernikah

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup yang dipercayai berlangsung di Johor.

Feroz yang juga pemain tengah JDT menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 kepada pengantin perempuan.

Dalam majlis yang diraikan penuh meriah, pasangan sama cantik sama padan itu dilihat manis mengenakan busana sedondon berona krim.

Pihak pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *