Perginya Sosok Ibu Diusia 15, Irdina Bawa ‘Semangat’ Faziani Rohban Sambung Legasi Dnars

Diuji kehilangan figura seorang ibu ketika usia baru mencecah belasan tahun nyata menjadi dugaan terbesar buat insan bernama Irdina Hakim Jasman. Pasrah dan ‘berdamai’ dengan takdir, dia yang kini meniti usia 20 tahun kian tabah mendepani kehidupan.

Bangkit daripada kesedihan Irdina cekal menyambung legasi Dnars tinggalan Allahyarham Faziani Rohban.

Lima tahun selepas pemergian pengasas kosmetik Dnars itu pada Mei 2019, Irdina makin cekal dan matang mengemudi perniagaan. Meskipun pernah diuji sakit namun semangat yang diambil daripada arwah ibu tersayang menjadi kekuatan buat dirinya.

Apatah lagi raut wajah Irdina yang saling tak tumpah mewarisi rupa paras usahawan tersebut.

Irdina juga aktif menggunakan platform media sosial miliknya untuk mempromosi pelbagai produk. Walau masih muda, semangat wanita ini membuat jualan sering meraih pujian warga maya.

Selain Irdina, seorang lagi cahaya mata Allahyarham Faziani iaitu Iqbal Hakim turut bersama-sama adik kesayangan mengemudi perniagaan Dnars.

Kata-kata arwh yang paling diingati sehingga sekarang ialah sikapnya yang suka mendahulukan orang lain.

Antara bait-bait kata yang disampaikan arwah, “Rezeki untuk dikongsi dan Dnars bukan rezeki saya seorang. Konsep saya, rezeki yang diterima hari ini patut dikongsi bersama orang lain. Rezeki itu datang daripada kita untuk diagihkan kepada semua.

Saya sering tanamkan dalam hati supaya tidak rasa sayang mengeluarkan duit untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

Orang paling utama dalam hidup saya adalah ibu bapa, anak-anak, suami dan adik-beradik. Akhir sekali baru saya fikirkan tentang diri sendiri.

Kalau dia hendak tarik nikmat ini sekejap saja. Memang saya mahu semuanya berpanjangan. Tetapi apa yang akan berlaku kelak saya reda dan tak mahu ri4k.

Bila saya senang, Tuhan hadirkan semua orang susah di sekeliling saya. Saya tahu Dia nak uji sebab itu niat saya waktu pernah susah dulu. Bulatkan hati dan niat kita.

Kalau kita tengah makan dan ada orang datang minta sedekah, beri sumbangan ikut kemampuan kita. Saya percaya ada ketika bukan doa kita saja yang sampai ke Tuhan. Doa orang-orang yang kita bantu inilah yang memurahkan lagi rezeki kita.”

Mulianya hati. Moga Allahyarham Faziani ditempatkan dalam kalangan orang-orang beramal soleh dan usaha murni yang pernah dilakukan menjadi sumber inspirasi kepada semua untuk saling membantu dan mengejar akhir4t.

Sumber:HM