Masih dalam kesan ubat b1us, pergerakan Sharifah Zarina seakan sedang bertawaf

Sharifah Zarina seakan sedang tawaf sewaktu masih lagi dibawah sedar susulan kesan ubat bius sewaktu di hspital.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri anak kepada penyanyi lagu Langit Ketujuh itu, Athalia apabila memuat naik momen ibunya yang masih lagi belum sedar sepenuhnya di wad selepas menjalani pembed4han.

Anak tak sangka dapat rakam pergerakan Sharifah Zarina yang sedang ‘mamai’

Dalam video yang dikongsi, Athalia memaklumkan tidak menyangka dapat merakam momen berharga tersebut apabila ibunya mengucapkan bacaan sewaktu sedang bertawaf.

Dia juga seolah-olah sedang solat apabila membuat beberapa pergerakan seperti sedang melakukan ibadah tersebut walaupun berada dalam keadaan terbaring serta mata terutup.

Walaupun anak kepada penyanyi itu tidak menyatakan sakit yang dihidapi ibunya, namun menerusi TikT0k Sharifah Zarina, ia ada memberitahu yang dia melakukan pembed4han membuang batu karang di buah pinggang sebelah kanan.

Difahamkan, proses pembed4han tersebut berjalan dengan lancar dan dia juga dalam keadaan sihat.

Dekat dengan Allah, sakit pun akan ingat Allah
Perkongsian yang dibuat Athalia telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet dimana rata-rata berasa kagum dengan apa yang berlaku.

Masing-masing berasa penyanyi tersebut cukup beruntung kerana berada dalam keadaan separa sedar namun seperti sedang ada di Tanah H4ram.

Mereka yang pernah alami situasi tersebut pasti faham perasaan khayal atau mamai memandangkan kesan ubat bius masih ada.

Walau bagaimanapun, situasi tersebut hanya sementara dan mereka yang berada dalam keadaan tersebut akan kembali seperti biasa setelah sedar nanti.

Sumber: hm