Percakapan Abdur Rahman Dan Adik Di Puasara Ahli Keluarga Buat Ramai Sebak.
Pemergian enam orang ahli keluarga Abdur Rahman Amir Ruddin, 19 disebabkan nahas kemal4ngan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan pada 1 September lalu masih lagi diingati hampir sebahagian besar rakyat Malaysia.
Terbaru, remaja terbabit telah berkongsi momen menziarahi pusara ibu bapa serta adik-adiknya bersama satu-satunya mngsa nahas yang terselamat, Abdullah Amir, 15 sambil meluah rasa.
Bawa Abdullah ziarah pusara ahli keluarga
Menerusi video TikT0k yang dikongsikan Rahman, ramai yang sebak mendengar perbualan mereka terutamanya apa yang diucapkan Abdullah kepada abangnya.
“Ibu tak ada tak best, kalau ibu ada best. Kalau ibu ada dekat rumah tok mak tu jadi paling best.
Awie tak ada, Seri dah tak ada. Baru nak gaduh dengan Seri. Kakak tak ada, kak cik pun dah tak ada.”
Syurga yang paling tinggi sekali, ibu, abi dan adik beradik semua Abdullah akan doakan,” ujar Abdullah.
Abdur Rahman pujuk adik
Susulan daripada itu, Rahman telah memujuk adiknya yang masih belum pulih sepenuhnya supaya tidak menangis dan terus berdoa agar mereka semua ditempatkan di syurga.
“Jangan nangis, kalau nangis baca al-Fatihah. Doakan yang elok-elok untuk ibu, doakan ibu masuk syurga.
Abdullah jangan tinggal abang, abang ada Abdullah je,” ucap Rahman.
Semoga Rahman & Abdullah kuat
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sebak mendengar perbualan dua beradik ini kerana sedar bahawa kehilangan yang mereka rasakan begitu berat.
Mereka juga berharap agar Abdur Rahman dan Abdullah terus diberi kekuatan menghadapi ujian ini walaupun tahu mereka sudah reda serta pasrah dengan ketentuan yang telah ditetapkan Allah S.W.T.
Untuk rekod, pada 1 September 2023, Abdullah telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hspital Segamat kerana kritik4l akibat kemalangan tersebut.
Ibu bapa serta empat lagi adik beradiknya disahkan mninggal dunia dalam nahas terbabit sewaktu dalam perjalanan untuk menghantar ibu mereka di Segamat.
Mngsa yang terlibat ialah Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, bersama empat lagi anaknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.
Sumber: TikT0k rahmanlahhhhhhh