Rita Sosilawati genggam diploma profesional University of London, MBA kedua, penyelidikan menang anugerah inovasi di UK”Ini untuk arwh mak dan abah”
Datin Rita Sosilawati yang berjaya meraih Sarjana Pentadbiran Perniagaan kedua. Penulis tumpang gembira melihat kejayaan usahawan wanita ini.
Mengemudi pelbagai cabang perniagaan dan dalam masa memainkan peranan sebagai isteri dan ibu kepada lima cahaya mata itu berkongsi berita gembira itu di Instagram.
Pemilik nama Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 39, berkata 2024 menyaksikan banyak pencapaian membanggakan termasuk
kejayaan meraih diploma profesional dari Universiti of London dan menyudahkan pengajian Sarjana Pentadbiran Pengajian yang kedua buat dirinya.
Lebih manis lagi, penyelidikan ‘superwoman’ itu menerima anugerah berprestij dari badan inovasi United Kingdom (UK).
“Alhamdulillah sujud Syukur kepada-MU Ya ALLAH. ENGKAU telah memudahkan segala urusanku.
“Kepada arwah emak dan abah, this is for you. This year too many achievements I have achieved for my education. Wild ride but still can managed.
“Pertama, menyelesaikan sarjana kedua saya dalam Master of Business Administration (MBA).
“Kedua, kertas penyelidikan saya mengenai kosmetik dan penjagaan diri memenangi London Innovation and Strategy Award (LISA) yang mana kertas penyelidikan tersebut adalah mengenai kosmetik tempatan (Malaysia) khususnya untuk jenama
@nouvellesvisagesofficial. Malah LISA juga adalah satu-satunya anugerah dalam inovasi yang diberikan di Parlimen British.
“Yang terakhir, saya dapat menyudahkan Professional Certificate Diploma in Innovation and Strategy (PCIS) dan mendapat kelulusan Lembaga Peperiksaan London,” kongsinya.
Mengukir kejayaan akademik yang membanggakan, Rita tidak lupa mengucapkan syukur dan terima kasih kepada suami, Datuk Kamarulazlan Mohamad Hanafiah, anak dan adik-beradiknya.
“Terima kasih especially to my husband @khamarulkr, anak-anak yang saya terpaksa tinggalkan semua di Malaysia untuk menyudahkan pengajian ini.
“Terima kasih untuk segalanya. Seluruh ahli keluarga sangat menyokong, kawan-kawan seperjuangan yang sama-sama belajar sama-sama.
“Tanpa anda semua memang tak akan dapat all this scroll.Love you guys sepenuh hati,” kongsi Rita.
Rita terdahulu memiliki mendapat pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni (Tekstil) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam sebelum melanjutkan
pengajian ke peringkat Sarjana Perniagaan Antarabangsa di Universiti Nottingham Trent, United Kingdom.
Dalam hantaran lain, Rita yang terpilih sebagai wakil pelajar menyampaikan ucapannya ketika upacara berkenaan.
Warga maya mengucapkan tahniah buat Rita dan bangga dengan kejayaan yang diraihnya.
“Inspirasi wanita! Beauty with brains. Tahniah Datin Rita.”
“Alhamdulillah, tahniah.”
“Proud of you Datin Rita. Title sebagai ibu dan isteri bukan halangan. Terus menggapai kejayaan.”
Sekadar info, Rita merupakan anak sulung kepada jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya yang dibunuh kejam pada tahun 2010. Rita ketika itu baharu berusia 25 tahun.
Rita dan Kamarulzaman mendirikan rumahtangga pada 4 Disember 2011 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Kaisar Raees, Khalid Rashad, Khaylila Rafaahiyah, Khalil Rizqullah dan Kaafi Raif.
Sumber: hm