Penyanyi Wany Hasrita Dedah Wajah Anak Buat Pertama Kali , Kongsi Pengalaman Naik Flight Berdua Balik Kampung Suami.

Penyanyi Wany Hasrita akhirnya terbuka untuk berkongsi wajah puteri sulungnya iaitu Aishah Al Iman kepada umum.

Bawa anak naik flight

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Story, Wany memberitahu dia pertama kali membawa Aishah menaiki kapal terbang untuk pulang ke kampung suaminya di Kuching, Sarawak.

Semalam, saya balik ke Kuching, berdua saja dengan Aishah naik flight. MasyaAllah, Alhamdulillah Allah mudahkan, memang mencabar. Aishah merengek sikit. Sekarang ini dia tengah testing vokal.

Terus go high pitch. Alhamdulillah, walaupun sangat mencabar, tapi Allah mudahkan, Alhamdulillah orang sebelah pun sangat membantu, krew penerbangan pun banyak membantu.

Kita dah la jenis cepat nervous. Alhamdulullah Aishah, kita dah sampai Kuching, sekarang ibu nervous nak bawa Aishah balik KL pula.

Pada 8 Julai lalu, Wany selamat melahirkan bayi pertama yang diberi nama Aishah Al Iman secara normal pada pukul 7.14 petang

Untuk rekod, Wany mendirikan rumah tangga dengan juruterbang bernama Mohd Al-Adib Fahmi pada 22 Julai 2022.

Sumber: Ig