Penyanyi Tom Selamat Bersalin Bayi Perempuan Secara Pembed4han , Beri Nama Anak keempat Anggun
Penyanyi Tom selamat melahirkan cahaya mata keempat di Hspital Sungai Buloh, Selangor, kira-kira pukul 2.30 pagi, Ahad.
Berkongsi berita gembira itu, Tom atau Raja Farah Afzan Raja Ikram, 38, berkata bayi perempuan diberi nama Anggun itu terpaksa dilahirkan secara pembed4han memandangkan dia berdepan beberapa komplikasi.
“Kami beri nama baby Anggun. Walupun dah cuba bersalin normal tapi saya terpaksa caesar sebab banyak komplikasi.
“Ini pertama kali dikurniakan cahaya mata perempuan, jadi saya gembira dan sangat bersyukur.
“Saya dah pegang Anggun sekejap tapi keadaan badan masih lemah dan kena puasa enam jam, selepas ini dah ada tenaga barulah boleh jumpa Anggun balik,” katanya
Terdahulu, menerusi Instagram Tom berkongsi momen sebelum dan selepas kelahiran
Malah, dia turut berkongsi wajah bayi dan meluahkan rasa syukur proses berkenaan dipermudahkan.
“Alhamdulillah, baby caesar, pertama kali kena caesar sebab banyak komplikasi.
“Apapun Alhamdulillah, welcome to the world baby, love Anggun,” tulisnya di Instagram Story.
Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 23 Februari tahun lalu di Batam, Indo nesia.
Sebelum ini Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki.
Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.
Sumber:Mstar