Penyanyi Siti Nurhaliza Tangguh Rancangan Adakan Konsert , Terkejut Kenyataan Universal Music Group Isu P4lestin
Datuk Seri Siti Nurhaliza menegaskan pendiriannya tidak sama dengan kenyataan syarikat rakaman antarabangsa iaitu Universal Music Group (UMG) yang mengecam serangan tentera Hamas terhadap Israeee.
Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 44, memberitahu dia juga bukanlah artis di bawah naungan syarikat Universal Music Malaysia dan mereka hanya bekerjasama sebagai pengedar lagu.
“Kenyataan itu sangat mengejutkan. Mereka (UMG) sebuah label antarabangsa dan saya percaya pendirian Universal Music Malaysia mengenai isu ini tidak sama.
“Apa yang disuarakan UMG itu tidak sama dengan pendirian saya. Saya tetap menyokong Palestin.
“Universal Music Malaysia bekerjasama dengan saya hanya sebagai pengedar. Saya bukan di bawah naungan mereka,” katanya kepada mStar.
Siti mengulas kenyataan UMG baru-baru ini dilihat seolah-olah memberi bayangan menyokong kekej4man Isreee.
Perkongsian UMG di laman sosial mengundang kecaman ramai termasuk peminat artis yang bernaung di bawah syarikat tersebut.
Untuk rekod, album terbaharu Siti iaitu Sitism adalah edaran Universal Music Malaysia.
Memandangkan serangan rejm Zi0’nis di G4za sedang hangat diperkatakan masyarakat dunia, Siti mengambil keputusan untuk menangguhkan konsertnya pada Mac tahun hadapan.
Malah, Siti juga memberitahu dia enggan terlalu berkongsi aktiviti harian tatkala rakyat Palestin hidup menderita dan dalam kesusahan.
“Perancangan untuk konsert saya tangguhkan dahulu. Sekarang isu ini tengah sensitif.
“Bagaimanapun saya sedang merancang untuk adakan satu majlis dan kutipan dana akan disalurkan kepada P4lestin.
“Kita perlu sokong Palestin dan hidup ini mesti diteruskan. Tetapi kalau kita buat aktiviti menyeronokkan lebih baik tidak terlalu berkongsi di media sosi4l.
“Sekarang ini kalau ada undangan menyanyi pun saya akan cuba selitkan dengan lagu-lagu ketuhanan,” jelasnya.
Sumber:HM