Penyanyi Amy Search kini bergelar Haji, berwukuf bersama pada hari lahir isteri
Penyanyi Amy Search kini bergelar Haji selepas selesai menunaikan sempurnakan fasa terakhir bagi rukun Islam kelima.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menerusi sebuah hantaran di platform Instagram miliknya, hari ini.
Dalam hantaran tersebut, Amy meluahkan rasa syukur kerana sudah selesai menjalani rukun Islam kelima bersama isteri, Nor Hasniza Hassan.
Penyanyi berusia 65 tahun itu juga mendoakan mereka yang belum berkesempatan dapat menjadi tetamu Allah pada masa akan datang.
“Alhamdulillah, kami sudah selesai menjalani rukun Islam yang ke-5.
“Semoga Allah menerima pengorbanan kami dan kita semua. Didoakan jua untuk semua dijemput menjadi tetamu Allah,”luahnya .
Sementara itu, Amy juga menyifatkan pemergiannya ke Tanah Suci besama isteri adalah hadiah terindah terutama buat wanita dicintai yang kebetulan menyambut ulang tahun kelahiran pada hari tersebut.
Sementara itu, Amy pula menyifatkan pemergiannya ke Tanah Suci bersama isteri adalah hadiah terindah untuk isterinya yang menyambut ulang tahun kelahiran.
“Demi cintaku padamu, ke mana pun kan kau ku bawa, ke hujung dunia ke bintang kejora.
“Wukuf hari teristimewa buat bidadariku. Ini hadiah terindah daripada Allah SWT buat mu Hajah Nor, Hari panggilan yang dinantikan dan lebih istimewa kerana hari wukuf jatuh di hari lahirmu.
“Begitulah aturan Allah SWT. Kita wukuf bersama di hari terindah ini 9 Zulhijjah bersamaan 15 Jun 2024.
“Semoga kita mendapat haji mabrur. Selamat hari lahir hajah Nor Hasniza Hassan. Cinta ku pada mu hingga ke Jannah,” tulisnya.
Selain Amy, ratu r0ck lagenda Ella turut selesai menunaikan ibadah haji bersama suami tercinta, Azhar, semalam.
Sumber:akuamysearch