Penyampai Radio Suraya Borhan Selamat Bersalin Anak Kedua , Sempat Makan Shellout Layan Bola Sebelum Masuk Hspital
Penyampai radio Suria FM iaitu Suraya Borhan selamat melahirkan cahaya mata kedua pada pukvl 4.05 petang, Jumaat.
Bayi lelaki seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Menerusi perkongsian di Ig, Suraya, 41, meluahkan rasa syukur kerana proses kelahiran itu dipermudahkan.
“My Little hero is here! Syukur Ya Allah dipermudahkan segalanya.
“Berkat atas segala usaha & penantian. Dikurniakan zuriat kedua penyejuk hati mommy daddy.
“Lengkap sepasang. Alhamdulillah, moga membesar dengan sihat dan menjadi anak yg soleh,” tulisnya.
Sebelum itu menerusi Instastory, Suraya sempat berkongsi video menikmati makan malam bersama rakan penyampai iaitu Sharifah Shahira.
Malah dia juga sempat menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Asia perlawanan di antara Malaysia dan Korea Selatan pada malam Khamis.
Untuk rekod Suraya dan suaminya iaitu Mohd Johanif Mohamed Nadzirin mendirikan rumah tangga pada April 2013.
Pasangan ini dikurniakan cahaya mata pertama diberi nama Janna Safya pada 27 Mac 2020.
Sumber:HM