Pendapatan RM30 Sehari , Mekanik Hanya Mampu Besarkan 12 Anak Dalam Pondok Buruk. Beras 10KG Habis Dalam Masa 2 Hari., Mekanik Hanya Mampu Besarkan 12 Anak Dalam Pondok Buruk. Beras 10KG Habis Dalam Masa 2 Hari.

Sebuah pondok buruk di Kota Marudu, Sabah, menjadi tempat tinggal seorang mekanik bersama isteri serta 12 anaknya sejak tiga tahun lalu.

Kisah keluarga serba kekurangan itu meraih perhatian ramai selepas dikongsi aktivis kebajikan Sabah, Adrian Edy menerusi media sosi4l miliknya.

Menurut Edy, mekanik itu tidak mampu untuk menyediakan tempat tinggal yang lebih baik memandangkan pendapatan hariannya kadang-kala mencecah RM30 sahaja.

Anak-anak Jaison kini dapat membesar dalam rumah yang lebih baik.

“Saya pergi ke Kota Marudu pada 1 September sebab ada misi bantuan lain. Kemudian, ada orang kampung datang maklumkan saya tentang pakcik Jaison, lelaki bangsa Dusun yang berusia 50-an dan tinggal dalam pondok usang.

“Jaison ada 12 orang anak. Dua orang anak dah bekerja dan tinggal sendiri. Jadi sekarang dia tinggal di pondok itu bersama isteri dan 10 anaknya. Pondok itu dibuat menggunakan buluh. Mereka tak pernah ada tilam. Atap bocor, lantai pun patah.

“Jaison sekeluarga baru tiga tahun menetap di pondok itu. Mereka berpindah ke Kota Marudu sebab rumah lama terletak jauh dalam kampung, susah orang nak hantar kereta. 

Pendapatan harian dia dalam RM20 ke RM30, bukan setiap hari orang hantar kereta,” ujarnya kepada mStar.

Mereka nak beli beras pun susah, apatah lagi nak buat rumah.

Selepas pertemuan pertama dengan keluarga itu pada 1 September, Edy bersama pasukannya sekali lagi ke Kota Marudu pada minggu ini untuk membina sebuah rumah, sekali gus memberikan kehidupan yang lebih baik untuk mereka.

“Menerusi projek Rumah Kasih Rakyat, saya bersama 10 ahli pasukan membina sebuah rumah baharu buat keluarga ini. Barang-barang untuk membina rumah ini menelan belanja RM4,000 dan ia merupakan duit derma yang kami terima.

“Kami juga hadiahkan kipas, sebab mereka tak pernah ada kipas. Kami juga pasang panel solar untuk menjana tenaga elektrik buat mereka. Keluarga Jaison sangat gembira, mereka tak pernah menyangka akan dapat sebuah rumah baharu.

“Mereka nak beli beras pun sus4h, apatah lagi nak buat rumah. Malah, beras 10 kilogram (kg) juga biasanya habis dalam masa dua hari saja sebab ahli keluarga mereka ramai. Selain itu, kami juga turut hadiahkan peralatan dapur dan makanan,” ujar Edy lagi.

Paling penting, Edy berkata dia juga akan mengusahakan untuk membantu anak-anak Jaison mendapatkan pendidikan terbaik selepas mereka tercicir daripada persekolahan akibat kemiskinan.

“Apabila sekolah tutup masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejak itu mereka tidak pergi sekolah sampai hari ini. Mereka tak sambung sekolah sebab tak mampu. Saya juga akan cuba untuk bantu, mungkin masukkan ke sekolah berasarama.

Edy dan pasukannya membina rumah baharu buat Jaison sekeluarga.

“Saya akan usahakan untuk berbincang perkara ini, kesian. Anaknya yang paling sulung umur 18, manakala yang bongsu umur dua tahun. Isteri Jaison juga tidak bekerja,” ujar Edy yang memuat naik kisah keluarga itu menerusi TikTok dan Instagram.

Tambah Edy, dia menyifatkan bantuan kali ini merupakan misi yang paling sedih sepanjang dia bergiat sebagai aktivis kebajikan.

Pondok buruk itu kini hanya tinggal kenangan selepas Edy merealisasikan impian mereka sekeluarga.

Untuk rekod, Edy bersama pasukannya aktif menghulurkan bantuan kemanusiaan di sekitar Sabah sejak tiga tahun lalu.

Sebelum ini, Edy dan pasukannya pernah membina sebuah jambatan di Sabah, namun ini merupakan kali pertama mereka membina rumah untuk keluarga miskin di negeri tersebut.

Sumber:Mstar