Pemungut Sampah Jumpa Bayi Perempuan Tepi Tong”Nasib Baik Anjing Li4r Tak Jumpa”

Meskipun berbaki lagi beberapa bulan memasuki tahun 2024, sehingga kini berita mengenai pembuangan bayi masih lagi berlaku biarpun pelbagai usaha telah dilakukan bagi membendung ia berlaku.

Jumpa bayi tepi tong sampah

Ini termasuklah nasib seorang bayi perempuan yang baru lahir ditemui di tepi tong sampah di kawasan Moyan Batu Kawa, Kuching, Sarawak kira-kira jam 7.30 pagi hari ini.

Memetik laporan Utusan Borneo, penjual kuih dikenali Xiew Ping berkata, bayi mal4ng itu ditemui oleh pekerja kontraktor pemungut sampah ketika mengosongkan sampah dari tong sampah tersebut.

“Tiba-tiba saya nampak mereka (pemungut sampah) melambai ke arah saya dari seberang jalan. Ketika saya menghampiri tong sampah, mereka memberitahu saya ada bayi di sana,”ujar Xiew Ping.

Bawa ke kedai kopi sementara tunggu bantuan

Selepas itu, mereka kemudiannya membuat panggilan kecemasan dan memaklumkan mengenai penemuan bayi tersebut, seterusnya dibawa ke kedai kopi berhampiran.

Akan tetapi, mereka tidak dapat memberi bayi berkenaan minum susu kerana tiada susu formula bayi di kedai kopi dan berhampiran.

“Kami kemudiannya membawa bayi tersebut ke kedai kopi berhampiran sementara menunggu bantuan.

“Bagaimanapun, kami tidak memberinya susu kerana kami tidak mempunyai susu formula bayi di kedai dan semua kedai di sini masih tutup,”ujanya.

Nasib bayi anjing li4r tak jumpa

Dalam pada itu, Xiew Pin meluahkan rasa syukur kerana bayi comel tersebut ditemui dalam keadaan sihat dan bernasib baik tidak menjadi mngsa binatang li4r seperti anjing yang berkeliaran di tapak pembuangan sampah.

“Terdapat anjing li4r di kawasan ini terutamanya di tapak pembuangan sampah. Nasib baik ada yang menemuinya dengan cepat,”jelasnya.

Sementara itu, pemangku Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim JAw Shyong mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kes berkenaan sekitar jam 9.18 tadi yang dibuat di Balai Polis Batu Kawa.

Mereka yang terdiri daripada dua wanita juga telah menawarkan diri untuk menghantar bayi berkenaan ke Klinik Kesihatan Batu Kawa kira-kira 8.40 pagi bagi membuat pemeriksaan kesihatan.

“Saya mengesahkan laporan polis telah diterima hasil maklumat orang awam yang telah menelefon balai berkenaan berkaitan penemuan b4yi yang 

masih hidup berdekatan dengan tempat pembuangan sampah berdekatan pasar raya Moyan Square, Batu Kawa.

“Bayi berkenaan telah dihantar ke Klinik Kesihatan Batu Kawa untuk rawatan dan pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehingga kini, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kes tersebut,

Moga jadi anak yang baik…

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana mereka melu4hkan rasa syukur dan berterima kasih kerana bayi tersebut ditemui dengan selamat.

Sumber: Twitter @mynewshub,OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *