Pemuda India Tarik Perhatian Net1zen , Alunkan Nyanyian Lagu Nasyid Siap Hafal Lirik.

Biasanya lagu nasyid sangat sinonim dengan masyarakat Melayu ataupun muslim kerana berkait rapat dengan puji-pujian kepada Allah S.W.T dan Rasulullah.

Namun begitu, menerusi perkongsian seorang lelaki berbngsa India di TikT0k, dia telah menunjukkan kemahirannya dalam menghafal lagu-lagu nasyid yang membuatkan ramai kagum.

Nyanyi lagu nasyid siap hafal!

Pengguna TikT0k dikenali sebagai Jay Thirackumar telah berkongsi video menyanyikan lagu Intifada dendangan kumpulan Rabbani di dalam kereta.

Dia memaklumkan lagu tersebut merupakan lagu wajib ketika berkaraoke dan rakan-rakan berbngsa Melayu hanya ‘perati’ sahaja jika dia menyanyi lagu-lagu nasyid.

Belanja lagu Hijjaz juga

Tak hanya itu, Jay Thirackumar juga sempat ‘membelanja’ pengikut di akaun TikT0k miliknya lagu dendangan dari kumpulan Hijjaz bertajuk Rasulullah sehingga mendapat banyak pujian.

Pergi Tak Kembali lagu pertama yang hafal

Dalam pada itu, dia juga sempat menjawab beberapa komen yang memintanya menyanyikan lagu nasyid lain seperti Pergi Tak Kembali nyanyian Rabbani.

Apa yang menarik, dia menyatakan yang lagu tersebut adalah lagu pertama yang dihafalnya iaitu pada 2006.

N4ngis dengar teringatkan perjuangan Rasulullah

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji nyanyian pemuda terb4bit kerana berjaya menghafal lagu-lagu yang sinonim dengan agama Islam.

Mereka juga mengakui sebak mendengar nyanyian tersebut kerana terkenangkan perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Bila n0n muslim yang nyanyi terasa lain

Cara menghayati memang win

Sumber: TikT0k Jay Thirackumar