Pemuda Bantu Azankan Sepupu Baru Lahir , Ayah Kandung Bayi Tak Mengaku Anak

Remaja bantu azankan sepupu baru lahir selepas suami kepada ibu saudaranya tidak mengaku bayi tersebut sebagai anaknya.

Bayi tak diakui anak

Perkongsian yang dibuat pengguna TikT0k dikenali sebagai irfanshahhh telah mengundang sebak ramai apabila dia memaklumkan adik sepupunya yang baru sahaja lahir tidak diakui sebagai darah daging oleh bapanya sendiri.

Remaja bantu azankan sepupu baru lahir, bersyukur diberi kesempatan

Menerusi kapsyen, remaja lelaki berusia 18 tahun itu bersyukur kerana diberi kesempatan untuk mengazankan adik sepupunya dan berharap supaya bayi tersebut membesar menjadi anak yang soleh apabila besar nanti.

“Alhamdulillah , umur 18 tahun dah dapat azankan baby , semoga awak kuat mcm mama awak ye sayang , semoga menjadi anak yang soleh besar nanti , abang ngah and semua family sayang awak,” tulis Irfanshahhh.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut berkongsi kisah hampir serupa dengan apa yang dimuat naik pemuda tersebut.

Ada juga yang mendoakan agar bayi berkenaan membesar menjadi anak yang baik buat ibu serta keluarga dan berharap remaja terbabit terus berbuat baik seperti yang telah dilakukan kepada sepupu kecilnya itu.

Ada yang minta tolong orang lain azankan anak

Semoga anak2 macam ni membesar dengan kasih sayang yang cukup

InsyaAllah bayi itu membesar dengan berjaya

Teruskan berbuat baik dik!

Difahamkan, video yang berdurasi satu minit 55 saat itu telah ditonton lebih daripada sejuta viewers sejak dikongsikan kira-kira dua hari lepas.

Semoga ibu kepada bayi tersebut diberi kekuatan menghadapi dugaan dan anaknya membesar menjadi insan yang berguna.

Sumber: TikT0k irfanshahhhh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *