Pempengaruh sempat tunai permintaan adik, mahu tengok Kaabah sebelum mninggal dunia

Pempengaruh sempat tunai permintaan adik lelakinya, Eaznil Qayyum yang menghid4p tumor otak mahu menunaikan ibadah umrah.

Menerusi perkongsian di TikT0k, Elya Maisara berkata, Qayyum pernah menyatakan hasrat mahu melihat Kaabah sebelum menutup mata.

“Sebelum mata adik tertutup, adik nak tengok Kaabah,”kongsi Elya mengenai hasrat adiknya.

Dalam video berdurasi seminit empat puluh satu saat itu, turut memaparkan memori mereka dua beradik termasuk ahli keluarga lain melakukan aktiviti bersama.

Elya juga menyifatkan adiknya seorang anak yang baik dan solehah, selain pernah berdoa diberi kesembuhan daripada peny4kit tumor otak di hadapan Kaabah.

“Adik minta kesembuhan adik kat Kaabah dan tak nak susahkan umi dan ayah.

“Sekarang Allah angkat semua kesakitan yang adik tanggung,”tulisnya.

Sebelum ini, Elya juga pernah berkongsi video adiknya mendapatkan rawatan di hspital dan menerima banyak doa serta kata-kata semangat daripada warganet.

Sumber: hm