Pemindahan buah pinggang berjaya, d0ktor syukur jalani hidup baharu tanpa dialisis

Empat tahun berjuang sebagai pes4kit buah pinggang, Dr Zulkifli Ayub meluahkan rasa syukur apabila pembedahan pemindahan buah pinggang (transplant) yang dijalani dia dan ayahnya pada Selasa lalu berjaya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Zulkifli di laman TikT0knya, dia kini tidak perlu untuk menjalani rawatan dialisis selepas menerima buah pinggang baharu daripada ayahnya.

Difahamkan, Zulkifli menjalani pembedahan tersebut selama lapan jam dimana buah pinggang sebelah kiri ayah diambil dan dimasukkan kepadanya bagi menggantikan yang telah rosak.

“Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar pada 19/11/24. Hari ini day 2 post operation, buah pinggang sebelah kiri ayah saya diambil dan dimasukkan ke kepada saya.

“Saya berada dalam dewan bedah selama 8 jam. Dari 7 pagi hingga 3 petang, saya sedarkan diri pada pukul 6 petang.

“Selepas 4 tahun berjuang berdialysis. Akhirnya saya tidak perlu lagi dialysis. This is new beginning of life without dialysis,” katanya.

Dia turut memberitahu kini boleh menghasilkan sejumlah air kecil yang banyak, hampir 3 liter setiap hari berbanding sebelum ini.

“Selepas 4 tahun saya tidak menghasilkan urine, akhirnya saya menghasilkan urine dengan banyak. Hampir 3L sehari.

“Sekarang masih sakit dan bergantung dgn PCA fentanyl. Doakan agar sakit cepat-cepat menghilang dan kami berdua fast recovery,” ujarnya.
Dalam pada itu, Zukkifli berterima kasih kepada orang ramai yang telah mendoakannya dan menyeru untuk menjadi pendaftar organ supaya dapat membantu ahli keluarga yang memerlukan.

“Terima kasih atas doa semua, izinkan saya menangis kegembiraan walaupun dalam kesakitan.

“Daftarlah sebagai penderma organ. Jika ada anak, suami, isteri, adik beradik yang sakit seperti saya dermalah untuk mereka for better quality of life,” tambahnya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial seorang ayah sanggup berhenti merokok demi mendermakan organ buah pinggang kepada anaknya yang mengalami kegagalan buah pinggang tahap lima (akhir).

Sumber: hm