‘Nurhafizah terbaring k4ku, pemandu van sekolah berulang kali meminta maaf’

“Saya tidak menyangka kehil4ngan anak bongsu dalam sekelip mata, mungkin kejadian dapat dielak sekiranya pemandu van sekolah berkenaan lebih berhati-hati,” kata suri rumah, Karmin Kahil, 39.

Menurut Karmin, dia masih tidak dapat melupakan kejadian meny4yat hati yang menimpa anak bongsunya, Nurhafizah Nuljin, 5, yang ditemukan kali terakhir pada 6.40 pagi semalam ketika ke sekolah.

Dia berkata, kebiasaannya Nurhafizah dan abang arwh, Muhammad Afieq Miqhael, 6, akan memanggilnya ketika menghampiri pagar rumah selepas turun daripada van sekolah kira-kira 11 pagi.

Namun, katanya, semalam dia hanya mendengar panggilan pemandu van sekolah yang memintanya keluar rumah untuk melihat keadaan anaknya.

“Nurhafizah hanya terbaring kaku manakala pemandu van sekolah berkenaan berulang kali meminta maaf dan menyatakan sudah mel4nggarnya.

“Pemandu van sekolah berkenaan kemudian meninggalkan lokasi kejadian kerana mahu menghantar murid lain, sebaliknya saya dibantu jiran untuk,

menghantar anak ke Klinik Kesihatan Masai sebelum arwh disahkan sudah tiada,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Bandar Seri Alam di sini, hari ini.

Karmin berkata, kejadian itu mengakibatkan Muhammad Afieq Miqhael tr4uma kerana dia melihat keadaan Nurhafizah hingga membuatkannya menangis

setiap kali melihat gambar adiknya mahupun ketika kami bercerita berkaitan kejadian yang meragut nyawa arwh.

“Arwh Nurhafizah dibedah siasat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan disahkan mengalami pendar4han dalaman di bahagian kepala serta urat leher di bahagian belakang kepala juga terputus.

“Mungkin dia terseret dalam kejadian, namun kami serahkan kepada polis menjalankan siasatan dan tindakan mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Kedua-dua adik-beradik itu belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Alam 2 di sini.

Nurhafizah mula menaiki van berkenaan sejak awal tahun ini manakala Muhammad Afieq Miqhael pula mendapatkan perkhidmatan van sekolah itu sejak tahun lalu.

Karmin yang berasal dari Sabah sudah menetap di Johor selama 20 tahun berkata, dia dan suaminya, Nuljin Delson, 41, yang juga jurukimpal, reda dengan kejadian menimpa anak mereka itu.

“Semalam wajahnya berseri-seri seperti kebiasaannya dan arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Cahaya Masai, Pasir Gudang kira-kira 6 petang,” katanya.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *