Pemandu Teksi Ditemui Mningg4l Dunia Sempat Tinggal Pesan Pada Anak”Adik Tunggu , Ayah Dah Nak Pergi Dah”

Malam tadi kita dikejutkan dengan berita seorang pemandu teksi yang ditemui m4ti dengan beberapa kesan kecederaan di bahagian belakang dalam kejadian berhampiran Klinik Kesihatan Seberang Takir.

Memetik laporan Harian Metro, anak bongsunya, Eliy Syazwani memberitahu ayahnya Mohd Latif Idris, 51, ada meninggalkan kata-kata terakhir kepadanya iaitu “Adik tunggu… ayah dah nak pergi dah.” selepas mengambilnya pulang dari sekolah, petang semalam.

Menurut Eliy, menjadi rutin harian bapanya menghantarnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nilam setiap hari.

“Hari itu, macam biasa ayah ambil saya di sekolah dan hantar pulang ke rumah tetapi ayah tiba-tiba bercakap macam itu.

“Ketika itu, memang tak syak apa-apa tetapi bila kejadian ini berlaku ia, ia macam pesanan kepada saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Parit di sini, hari ini.

Sementara itu, Noor Azlina Ramli, 41, berkata, suaminya ada membuat panggilan telefon kira-kira 8 malam memaklumkannya dia dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu, Kelantan.

Katanya, pada hari kejadian, suaminya keluar dari rumah kira-kira 9 pagi dan pulang pada jam 1 tengah hari untuk mengambil anak bongsu di sekolah.

“Arwh kemudian keluar semula kira-kira 2.30 petang untuk menghantar barang dan dia ada menghubungi saya pada 8 malam memaklumkan dia dalam perjalanan pulang.

“Ketika itu, saya tidak bertanya dia berada di mana dan hanya mengetahui kejadian itu selepas ia tular di Fb dan WhatsApp sebelum bergegas ke lokasi kira-kira 11.15 malam.

“Memang terk3jut sebab kejadian berlaku tiba-tiba dan saya harap pelakunya dikenakan hukuman setimpal,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditemui m4ti dengan beberapa kesan keced3raandi bahagian belakang dalam kejadian berhampiran Klinik Kesihatan Seberang Takir di sini.

Mngsa berusia 51 tahun itu ditemui di tempat duduk belakang teksi dengan keadaan berlumuran dar4h.

Sumber :Hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *