Pemancing Temukan Seorang Kanak-Kanak Autisme Lemas Dalam Tasik Selepas 3 Jam Hilang

Seorang kanak-kanak autisme yang hil4ng pada petang Selasa ditemukan lem4s di sebuah kolam tadahan banjir di Petaling Jaya, Selangor tiga jam kemudian.

Menurut Ketua P0lis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar @ Ismail, mngsa yang tidak lagi bernyawa itu ditemukan orang awam yang sedang memancing pada kira-kira pukul 7 malam.

“Mngsa dijumpai di tengah tasik atau kolam tad4han banjir oleh pemancing. Myat mngsa dibawa ke Jabatan F0rensik Pusat Perubatan Universiti Malaya,” menurutnya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai Nur Hidayati dalam hantaran di laman Fb memohon bantuan orang ramai untuk mengesan anak lelakinya yang dipercayai hil4ng pada kira-kira pukul 4 petang Selasa.

“Saya mohon bantuan. Anak saya umur 6 tahun hilang di Taman Aman, Petaling Jaya sekitar pukul 4 tadi.

“Masih cari tak jumpa. Jika ada nampak mohon hubungi saya kerana anak saya autisme,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Sumber:HM