Pelawak Shuib Mimpi Arwh Sarah Sampai Menangis , Tidak Ada Rasa Cemburu Dalam Hati Watie

Selepas tiga tahun pemergian penyanyi Siti Sarah, pelawak Shuib masih lagi bermimpi tentang Allahy4rham isterinya itu sehingga mengalirkan air mata apabila terjaga dari tidur.

Isteri Shuib iaitu Watie bagaimanapun memberitahu dia tidak berasa cemburu apabila melihat pelawak berkenaan menangis dan berada dalam kesedihan disebabkan mimpi dialami.

“Saya sedang tidur dan tiba-tiba nampak dia (Shuib) bangun. Katanya dia mimpi arwh Sarah. Saya pula tengah mengantuk.

“Kalau orang tanya saya cemburu atau tidak. Saya boleh pergi sambung tidur pula!

“Rupanya bila saya celik mata semula saya lihat dia tak tidur dan sambung menangis,” kongsinya.

Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, berkongsi perkara itu menerusi video siaran langsung di TikT0k miliknya.

Bercerita mengenai mimpi dialami Shuib sehingga menangis, Watie memberitahu suaminya itu bercerita dia mengalami kecederaan namun Sarah tidak datang membantu apabila namanya dipanggil.

Perkara itu membuatkan Shuib berasa sedih dan mungkin disebabkan terlalu merindui Allahy4rham.

“Shuib beritahu dia sedih kerana tidak dapat jumpa Sarah. Katanya dalam mimpi itu tangan dia ditoreh dan terluk4.

“Kemudian Shuib panggil ibu, ibu (panggilan Sarah) tapi Sarah tak datang. Jadi dia sedihlah sebab Sarah tak datang dalam mimpi dia,” katanya.

Untuk rekod, Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Ia merupakan perkahwinan kedua Shuib selepas pemergian isterinya Sarah yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan C0v1d.

Hasil perkongsian hidup dengan Allahy4rham, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun.

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *