Pelawak Fad Bocey Timang Anak Kelima , Kongsi Wajah Bayi Dalam Terdekat .

Pelawak Fad Bocey berkongsi berita gembira isterinya selamat melahirkan cahaya mata kelima mereka pada pukul 9.20 pagi, Khamis.

Isterinya iaitu Syaheera Rahman bersalin di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.

Meluahkan rasa syukur atas kelahiran anak mereka itu, Fad atau Muhammad Fazlie Mohd Nizam, 32, turut memberitahu bakal berkongsi wajah anak mereka dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi kelima kami. Terima kasih untuk semua yang mendoakan.

“Nanti kami kongsi gambar baby,” tulisnya ringkas.

Dalam satu perkongsian berbeza, Fad memuat naik video perjalanan dia menemani isteri ke hospital sebelum bersalin.

Sementara itu, dalam satu hantaran di Insta Story, Syaheera juga berkongsi keadaan terkini dirinya yang masih berada di hspital selepas keluar dari dewan bersalin.

“Syukur satu lagi perjuangan yang Allah mudahkan. Maaf saya nak rehat dahulu sebab tengah pening kepala kesan muntah lepas naik ke bilik,” ujarnya.

Untuk rekod, Fad dan Syaheera mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015.

Pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu pasangan kembar Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan, Nur Aminah Mishall serta Ibrahim Jibriel.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *