Pelawak Dan Penyanyi Isma Aliff Kritik4l , Ditidurkan Selepas Alami Jangkitan Pada Paru-Paru

Pelawak dan penyanyi era 1980-an, Isma Aliff dilaporkan dalam keadaan kritik4l dan sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor.

Menurut Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah pelawak berusia 59 tahun itu terpaksa ditidurkan selepas mengalami j4ngkitan pada jantung dan paru-paru.

Kata Hafiz, pelawak berkenaan dimasukan ke hspital beberapa hari lalu kerana ser4ngan angin ahmar.

“Semalam d0ktor juga sahkan yang jantung beliau bengk4k dan tahap oksigen beliau juga menurun.

“Hari ini doktor tidurkan beliau untuk memasukan ubat antibiotik,” katanya.

Untuk rekod, Isma merupakan pelawak gandingan bersama Allahyarham Mr. Os sekitar era 80an.

Malah dia bersama Mr Os juga pernah terlibat dalam program Maharaja Lawak Mega 2013 selain turut menjadi juri tetap kepada Raja Lawak 7.

Dia juga pernah membintangi filem seperti Marah-Marah Sayang, Jaket Biru, Sayang Ibu.

Sumber:Mstar