Pelanggan makan sedap, bayar guna syiling buruk! Rider patah balik, tekan loceng sampai ke sudah tak buka pintu

TUGASAN sebagai se0rang penghantar makanan pastinya tidak terlepas daripada ujian.

Begitulah kisah rider in yang berdepan kerenah pelanggan sehingga menyebabkan dia menanggung kerugian.

Melalui satu perkongsian di TikT0k, lelaki itu meluahkan kekecewaan apabila merasakan dirinya dianiaya dan ditipu oleh seorang pelanggan.

Duit syiling buruk yang diterima rider ini.

Menurut rider itu, pelanggan terbabit membayar makanan yang dipesan dengan duit syiling buruk yang dilihat sudah berkarat dan tidak lagi mempunyai nilai.

“Ini rumah dia, orang yang tipu tu. Dia bagi duit buruk. Dia dah makan sedap-sedap,” kata lelaki itu sambil berdiri di hadapan rumah pelanggan yang didakwa mengambil kesempatan terhadap dirinya..

Lelaki itu kemudian mengeluarkan duit syiling dari dalam sampul kertas dan meletakkannya di atas peti simpanan motosikalnya untuk ditunjukkan kepada penonton.

“Dia cakap letak makanan dekat luar rumah, lepas tu duit ambil dalam sampul. Lepas kita balik rumah tengok duit buruk begini dapat.

“Aku datang semula ke rumah dia, dia tak keluar. Aku tekan loceng banyak kali dia tak layan. Harga makanan RM6 lebih je pun dia nak tipu.

“Apa la orang ni. Moga tak berkat hidup dia. Kepada tuan rumah ni, menjawab la awak dekat akhirat nanti. Susah nak cari duit, lepas tu kena tipu pula,” kata lelaki itu menghela nafas kekesalan.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya meminta rider itu untuk bersangka baik.

“Bersangka baik adik, mungkin dia tengah susah, anak-anak lapar kot dia malu. InsyaAllah adik punya rezeki berlipat ganda masuk nanti. Semoga dipermudahkan urusan.

“Tak apa awak letak balik duit tu dekat mana dia letak. Awak bayarkan pakai duit awak. Besar pahala nanti,” kata sebahagian warga maya.

Netizen lain bagaimanapun kurang bersetuju dengan pendapat yang diutarakan.

“Apa kata pakcik tolong bayarkan, besar pahala kan pakcik oi.

Sebahagian komen warga maya.

“Gila ke apa, kalau 10 orang buat macam ni, makan pasir la rider,” kata netizen membangkang.

Sesetengah warga maya pula mengatakan mungkin ada sesuatu yang baik di sebalik kejadian ini.

“Ada orang yang mencari koleksi duit lama dan sanggup bayar puluhan ribu. Apa kata abang cuba nasib mana tahu boleh dapat durian runtuh. Nilai duit lama kadang tak tercapai dek akal.

“Betul juga tu, tapi ada beza antara duit lama dan duit kotor. Ini duit kotor rasanya, kalau dibasuh jadi duit syiling biasa je, tak ada nilai, tapi satu kerja pula nak kena cuci.

“Semoga abang ni dapat bertabah jumpa manusia macam ni,” kata warga maya memberikan kata-kata semangat.

Sumbar; Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *