Pelancong Pulau Pangkor Luah Rasa Kecewa , Kerusi Berkulat , Hrga Ikan Mcam klcc .Terjawab Kenapa Ada Yang Tak Travel Lokal

Seorang wanita tular di media sosi4l selepas dia mend4kwa menjadi mngsa harga makanan di Pulau Pangkor, Perak yang dikatakan cekik dar4h dan menindas pelancong.

Menerusi perkongsian di TikT0k, wanita itu berkata dia terkilan dengan harga yang perlu dibayar, apatah lagi keadaan kedai juga biasa-biasa sahaja.

Malah, pelanggan wanita itu turut membuat perbandingan antara harga makanan di Pulau Pangkor dengan lokasi lain di ibu negara yang jauh lebih gah.

“Ikan bakar siakap dalam 600 ke 700 gram RM75, kalah harga ikan kat KLCC dengan Pavilion. Kedai kerusi pun berkulat. Service out, then rasa biasa-biasa je.

“Total makan RM142 since minum air kosong je. Sorry saya bukan jenis berkira pasal makanan tapi ini memang tak berbaloi. Sama harga macam makan ikan kat Swiss harga dia.

“Makan kat Singapura pun tak semahal makan kat sini walaupun kena darab (mata wang) 3.5,” ujarnya dalam video yang meraih hampir 800,000 tontonan itu.

Sesiapa ke Pangkor tu, hati-hati la makan kat area Teluk Nipah ni.

Dalam hantaran sama, wanita itu turut berpesan kepada para pelancong agar berhati-hati dalam memilih kedai ketika bercuti di pulau peranginan popular berkenaan.

“Bila tak travel lokal, selalu persoalkan tak support lokal. Tapi tengok peniaga jenis cekik dar4h macam ni.

“Sesiapa ke Pangkor tu, hati-hati la makan kat area Teluk Nipah ni. Korang makan area city je la selamat, harga tak cekik darah macam ni,” ujarnya lagi.

Wanita itu turut berkongsi video ketika dia dan pasangannya menjamu selera di kedai berkenaan.

Di ruangan komen, beberapa individu termasuk penduduk setempat turut mendedahkan pengalaman serupa yang terjerat dengan harga cekik darah di pulau berkenaan.

“Pangkor memang mahal. Pernah sekali tu, memang lapar then ambil lauk udang masak lemak cili api. RM30 untuk tiga ekor.

“Harga Pangkor memang cekik dar4h. Saya makan nasi goreng biasa dengan suami makan kuey teow goreng, air kosong, harga RM45.

“Pangkor memang mahal. Takut nak makan kedai-kedai ada ikan bakar. Semua mahal.

“Saya beli rojak kat Pangkor RM40. Terkejut gil4. Macam serik pun ada. Tapi tempat memang cantik,” tulis beberapa netizen.

Sumber:TikT0k

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *