Pelakon Yana Samsudin Pesan”Jangan Biasakan Mekap Muka Kalau Tak Nak”
Cerita tentang kecantikan, pelakon wanita, Yana Samsudin ada kongsikan tip cantik dan sempat tinggalkan pesanan ‘manis’ buat anda yang jenis suka bermekap.
Terserlah aura seorang ibu, Yana sebenarnya mengelakkan diri daripada melakukan solekan tiap hari.
Jelas Yana, muka akan lebih ketara kelihatan kusam sekiranya anda kerap menggunakan solekan yang tebal untuk menatarias wajah setiap hari.
Memanglah solekan akan naikkan seri tetapi jika selalu sangat mekap nanti wajah akan hilang aura ‘wow’ itu waktu membawa wajah ‘bogel’.
“Kalau nak bersolek, pastikan tak bersolek setiap hari. Sebab orang yang dah selalu make-up setiap hari ni, bila tak pakai make-up, orang akan nampak muka anda automatik kusam dan tiada seri (dull).
Alaaaa sian diaa ada dark spot🥲 Yana terbaca komen ni, tanya cemana nak hilangkan darkspot so yana suggest Anti Dark Spot No.1 di dunia – NIVEA Luminous630 🤗 Inovasi berobosan dari Germany nih tau.
“Tapi kalau anda tak nak muka kusam, gunalah Nivea Luminous 630, sebab dia mencerahkan dari dalam,” katanya sambil berseloroh mempromosikan produk, sebagai duta Nivea.
Tapi Kalau Suka Mekap, Ikut Cara Ini
Selain itu, Yana juga mengingatkan hijabi di luar sana agar memastikan wajah dicuci dengan sebersih-bersihnya setelah mengenakan solekan untuk mengelakkan berlaku masalah kulit yang tidak diingin seperti jerawat atau breakout.
Ini kerana umum sedia maklum bahawa setiap alat solekan mengandungi kimia yang tidak baik untuk kulit wajah. Jika tidak dibersihkan sebaiknya.
“Bila anda make up, anda mesti remove make up tu bersih-bersih.
“Lepas tu jangan lupa anda kena gua skincare yang lengkap. Maksudnya kena ada pencuci. Lepas pencuci kena ada Toner, Serum dan Cream. Skincare kena lengkap!,” ujarnya lagi.
Sumber:HM